Now Playing:

  1. Penyertaan terbuka kepada semua peringkat umur. Sila dapatkan kebenaran ibu bapa bagi peserta yang berumur bawah 18 tahun.
  2. Penyertaan dibenarkan secara solo dan/atau berkumpulan.
  3. Ciptaan lagu adalah bertemakan antirasuah dan integriti.
  4. Ciptaan lagu wajib dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
  5. Ciptaan lagu wajib ciptaan sendiri dan belum pernah dirakamkan dengan mana-mana syarikat rakaman.
  6. Peserta boleh menggunakan minus one atau pun menyanyi dengan iringan apa jua instrumen. 'Miming' atau 'lip-sync' tidak dibenarkan.
  7. Peserta perlu menghantar rakaman video persembahan melalui borang online yang disediakan.
  8. Durasi video tidak melebihi 5 minit
  9. Kos penyediaan video adalah tanggungan peserta sepenuhnya
  10. Rakaman video mestilah dalam format ‘landscape’(melintang).
  11. Pastikan file atau pautan file yang diberikan berfungsi dengan betul.
  12. Penyertaan akan ditutup pada 15 Ogos 2022 (Sabtu) jam 11.59 malam
  13. Pihak penganjur akan membuat penilaian dan 8 penyertaan terbaik akanlayak ke pertandingan akhir
  14. Video finalis akan dimuatnaik di saluran Facebook SPRM dan YouTube Putrajaya.FM
  15. Pertandingan akhir akan diadili oleh barisan juri professional
  16. Kategori pemenang:a.     Juarab.     NaibJuarac.     Tempatke-3d.     VideoTerbaike.     PilihanPenonton
  17. Para peserta akan diadili berdasarkan kualiti lirik dan muzik, persembahan, kreativiti, keaslian serta penampilan
  18. Keputusanjuri adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.
  19. Kategori pilihan penonton dipilih mengikut jumlah like terbanyak selepas dimuatnaik di Facebook SPRM dan YouTube Putrajaya.FM
  20. Hasil karya lagu yang dipertandingkan adalah hak cipta sepenuhnya radio MACC.fm dan Putrajaya.FM.
  21. Pertanyaan boleh diajukan ke email admin@putrajaya.fm
Klik di sini Untuk Mengisi BORANG PENYERTAAN

Rakan Strategik & Penaja