Rakan Strategik & Penaja

A

Pemuda berkelulusan sarjana muda dari UPM ini berpengalaman dalam menjadi pengacara majlis, pernah terlibat dalam pengarahan, pementasan dan juga lakonan teater. Merupakan usahawan yang sedang meningkat dalam bidang kejuruteraan dan juga terlibat dalam bidang penggambaran.

Dato' S

Datuk S adalah salah seorang Penerbit Eksekutif Putrajaya FM yang berpengalaman dan sudah terlibat di dalam industri muzik tanahair selama lebih 25 tahun.

Eha

DJ Eha adalah seorang Pensyarah Komunikasi Media dan Kewartawanan di sebuah Universiti terkemuka tanahair. DJ Eha dikenali sebagai seorang penyampai radio yang petah berkata kata dan berasal dari Terengganu. Dj Eha juga berpengalaman lebih 8 tahun dalam bidang penyiaran secara professional di beberapa buah stesen terkemuka termasuk wartawan penyiaran, pembaca berita radio, penyampai radio dan pelakon drama radio. Kerana minat yang mendalam dalam bidang penyiaran, Dj Eha berjaya menggapai Ijazah Sarjana dalam bidang Komunikasi Massa dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kewartawanan.

M

Beliau adalah Penerbit Eksekutif Putrajaya FM. Pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Dwi-Bidang Komputer dan Perakaunan & Kewangan dari University of Kent, United Kingdom. Seterusnya mendalami bidang sejarah dengan memiliki Ijazah Sarjana kini seorang calon Doktor Falsafah dalam bidang Sejarah di Universiti Malaya. Memulakan kerjaya sebagai seorang pegawai bank dengan jawatan terakhir sebagai Pengurus Kanan – Pengurusan Tunai. Kemudian melangkah ke dunia korporat di peringkat Pengurusan Tertinggi di sebuah syarikat telekomunikasi global dan kemudian dilantik sebagai Ketua Hal Ehwal Korporat Kumpulan bagi sebuah kumpulan syarikat yang berpusat di Putrajaya. Dalam bidang muzik, beliau mempunyai kelulusan Gred 8 dari Trinity College of Music, London dan merupakan seorang pianist, komposer dan penggubah lagu. Pernah menjadi pemuzik residen di beberapa hotel terkemuka di Kuala Lumpur dan terlibat dalam pembikinan rancangan radio, TV serta pementasan teater. Di dalam pergerakan NGO, beliau adalah seorang yang aktif sejak usia remaja lagi. Beliau adalah mantan Yang Dipertua, Majlis Tertinggi Pelajar Malaysia di United Kingdom (UKEC) dari tahun 2001-2003 dan merupakan Presiden & Pengasas, Persatuan Genealogi Malaysia (GSOM) sejak 2018.

Q

Seorang Penerbit Eksekutif Putrajaya FM dan mempunyai pengalaman yang luas sebagai seorang DJ, penerbit, pengarah dan penulis skrip filem/tv/dokumentari dan juga pengendali laman web sejak tahun 1990an.

Suraya

Suraya Jusoh - berpengalaman luas dlm bidang penyiaran dan pernah bertugas di beberapa buah stesen radio terkenal tanah air. Penerima pingat P.J.M dari TYT Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang ini kini bergerak secara bebas sebagai pengacara bagi majlis-majlis rasmi kerajaan dan syarikat korporat. Seorang yang berpewatakan ceria, mudah didekati dan bersikap terbuka. Pengalaman luas beliau memberikan nilai tambah yang tidak ternilai kepada Putrajaya.FM demi mencapai sasaran sebagai stesen radio pilihan bagi warga Malaysia - di dalam dan luar negara.

Z

Jejaka yang berasal dari Terengganu ini merupakan graduan sarjana keusahawan dan inovasi dan sarjana muda ekonomi di UKM. Bekerja di Putrajaya sebagai eksekutif jualan dan pemasaran dan pada masa yang sama mempunyai bisnes dalam penternakan lebah dan madu kelulut. Beliau juga meminati muzik dan berkebolehan bermain gitar, piano, dan drum. Selain muzik, bolasepak adalah sebahagian daripada hidup beliau.