Rakan Strategik & Penaja

Mengenai Kami

PutrajayaFM adalah sebuah stesenradio atas talian yang beroperasi selama 24 jam dengan capaian siaran secara global tanpa mengira lokasi dan peranti pendengar. Apa yang diperlukan hanyalah sebuah peranti yang mempunyai hubungan internet dan anda boleh menikmati pelbagai hiburan dan informasi di PutrajayaFM.

Sebagai rakan media strategik bagi Perbadanan Putrajaya, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya serta produk bertemakan Putrajaya, segmen-segmen menarik telah dirangka khusus untuk anda tak kira apa jua latar belakang anda.

Hubungi Kami

Studio operasi kami adalah di Aras9, Blok 1, Menara Seri Wilayah, Presint 2, Putrajaya.

Anda boleh menghubungi kami untuksebarang pertanyaan atau makluman melalui email admin@putrajaya.fm

Anda juga boleh mengikuti kami di laman sosial berikut:

Liputan Berita

PM lakukan lawatan rasmi 3 hari ke Arab Saudi

March 22, 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi selama tiga hari bermula hari ini atas jemputan Putera Mahkota Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud, yang juga Perdana Menteri Arab Saudi.

Kunjungan itu adalah lawatan rasmi sulung beliau ke Arab Saudi selepas menyandang jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Perdana Menteri dijadual mengadap Penjaga Dua Masjid Suci dan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud serta Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud.

Pada lawatan itu, Perdana Menteri juga turut mengadakan sesi pertemuan bersama komuniti perniagaan dan diaspora Malaysia di Arab Saudi.

Lawatan itu mencerminkan hubungan istimewa dengan Arab Saudi yang wujud selama ini dan memberi peluang kepada kedua-dua negara meningkatkan jalinan kerjasama dua hala, bertunjangkan kepentingan bersama dalam pelbagai bidang.

Perdana Menteri akan diiringi isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil serta pegawai kanan kerajaan.

267 stesen pemancar komunikasi terjejas banjir di Johor kembali beroperasi

March 22, 2023

Kesemua 267 stesen pemancar komunikasi yang terjejas akibat banjir di Johor sejak 1 Mac lalu, sudah pulih dan kembali beroperasi seperti biasa, semalam.

Timbalan Menteri Komunikasi Dan Digital, Teo Nie Ching, berkata sebuah Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang terjejas sebelum ini juga telah beroperasi semula.

Beliau berkata, 38 PPS menerima pemasangan Wi-Fi percuma oleh Pemberi Perkhidmatan (SP) bagi memastikan mangsa banjir mendapat kemudahan komunikasi.

29 lokasi lihat anak bulan Ramadan petang ini

March 22, 2023

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan 29 lokasi di seluruh negara diperkenan untuk melihat anak bulan Ramadan petang ini bersamaan 29 Syaaban 1444 Hijrah.

Ini akan disusuli pengisytiharan tarikh mula berpuasa oleh Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja malam nanti melalui radio dan televisyen.

Kaedah penetapan tarikh permulaan Ramadan adalah berdasarkan rukyah dan hisab, seperti dipersetujui Majlis Raja-Raja.

Menurut kenyataan itu, jawatankuasa berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Ramadan di 29 lokasi di seluruh negara iaitu Pontian Kecil, Johor dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.

Jawatankuasa berkenaan juga diperkenankan melihat anak bulan di Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan serta Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor.

Di Perak, lokasi melihat anak bulan adalah di Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru di Manjung; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh di Pulau Pinang serta Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Alor Setar di Kedah.

Lokasi lain Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Mukim Merang, Setiu di Terengganu serta Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (SEDC), Kota Bharu di Kelantan.

Selain itu, Pusat Falak Miri, Teluk Bandung, Kuching serta Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan (Sabah); Bukit Tanjong Batu di Nenasi, Gunung Berinchang di Cameron Highlands dan Bukit Pelindong di Kuantan (Pahang).

Turut menjadi lokasi melihat anak bulan Ramadan ialah Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya serta Menara Pandang, Masjid Al-Hussain Kuala Perlis, Perlis.

Video tular di media sosial, polis kesan 2 lelaki hina Nabi Muhammad

March 22, 2023

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah memulakan siasatan berhubung kes video tular di media sosial membabitkan dua lelaki dipercayai menghina Nabi Muhammad SAW.

Beliau berkata, laporan berhubung kes terbabit diterima pihak berkuasa yang kini berusaha mengenal pasti pelaku dalam video itu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas satu rakaman video dua lelaki dipercayai menghina Nabi Muhammad yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Rakaman video berdurasi 52 saat itu menunjukkan dua lelaki yang mendakwa Nabi Muhammad adalah Allah dan Allah adalah gelaran kepada baginda.

RM1.9 juta nilai kerosakan masjid, surau akibat banjir Johor

March 22, 2023

Nilai kerosakan masjid dan surau di negeri ini yang terjejas serta ditenggelami banjir sejak 28 Februari lalu, dianggarkan bernilai RM1.9 juta setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sedang memperincikan nilai kerosakan sebenar ke atas semua masjid dan surau negeri Johor ketika ini.

Katanya, ia berikutan banjir masih belum pulih sepenuhnya, terutamanya di Batu Pahat dan Muar.

Dalam pada itu, Mohd Fared yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah berkata, 41 masjid dan surau di negeri ini dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS), sejak 28 Februari lalu.

Katanya, kebanyakan PPS masjid dan surau itu sudah ditutup secara berperingkat berikutan keadaan yang semakin pulih kecuali beberapa kawasan di Batu Pahat dan Muar.

Presiden Singapura tiba di Malaysia sempena lawatan negara

March 20, 2023

Presiden Singapura, Halimah Yacob tiba di Malaysia hari ini sempena lawatan negara sulungnya ke negara jiran selama tiga hari hingga 22 Mac.

Kunjungan beliau itu sebagai lawatan balas selepas menerima undangan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mengunjungi Singapura pada Oktober 2022.

Beliau dan delegasi Singapura termasuk Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua Pendidikan dan Luar Negeri Dr Mohamad Maliki Osman serta Menteri Perdagangan dan Industri Low Yen Ling tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 10.20 pagi melalui pesawat komersial.

Ketibaan beliau dan delegasi disambut menteri pengiring Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri dan diberi sambutan kawalan kehormatan setempat oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) yang diketuai Kapten Muhammad Akmal Hakim Sabarudin.

Menurut kenyataan Wisma Putra, lawatan itu akan mengukuhkan lagi hubungan baik dan kerjasama pelbagai bidang antara kedua-dua negara.

Singapura adalah rakan dagangan kedua terbesar Malaysia dan terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN pada 2022 dengan jumlah perdagangan berjumlah RM367.53 bilion (US$83.53 bilion) dengan peningkatan sebanyak 29.4 peratus berbanding jumlah dagangan pada 2021.

Siren amaran berserta suara gesa penduduk keluar

March 20, 2023

Kerajaan menambah baik sistem amaran awal bencana banjir dengan memasukkan suara menasihati penduduk keluar dari kediaman masing-masing.

Pendekatan itu digunakan menerusi stesen siren amaran bencana di kawasan 'panas' seluruh negara.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata kerajaan turut mempertimbang kaedah terbaik melengkapkan sistem amaran banjir melalui kemudahan perkhidmatan WhatsApp atau sistem pesanan ringkas (SMS).

Pada masa sama, Nik Nazmi berkata, lebih banyak publisiti perlu dilakukan pihak berkuasa termasuk melalui saluran YouTube dan televisyen untuk mendidik orang ramai mematuhi sistem amaran banjir.

Katanya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang membina 526 stesen siren amaran banjir di seluruh negara secara berperingkat di lokasi 'panas' banjir.

Katanya, stesen itu dibina 117 di Sabah, Selangor (99), Johor (45), Pahang (40), Kedah (38), Perak dan Kelantan (28), Pulau Pinang (27), Kuala Lumpur (24), Sarawak (23), Negeri Sembilan (21), Melaka (13), Perlis (12), Terengganu (10) dan satu di Labuan.

Mengenai Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB), Nik Nazmi berkata, pembangunan fasa dua yang membabitkan sebanyak 38 lembangan sungai, dijangka siap secara berperingkat dan akan beroperasi sepenuhnya pada 2025.

Jemaah haji B40, M40 kali pertama layak terima bantuan

March 20, 2023

Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan bantuan kewangan haji secara bersasar, walaupun kos ibadat itu naik kepada RM30,850, berbanding RM28,632 tahun lalu.

TH menyediakan lebih RM400 juta bagi menampung sebahagian daripada kos jemaah haji kumpulan B40 dan M40 yang kali pertama menunaikan ibadat itu.

Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata bayaran haji jemaah muassasah kumpulan B40 kekal seperti kadar tahun lalu, iaitu RM10,980.

Ini susulan kerajaan bersetuju menanggung kenaikan kadar bayaran berjumlah RM1,000 bagi kategori itu untuk musim haji 1444H/2023M.

Berbanding tahun lalu, katanya, bayaran haji bersasar membabitkan dua kategori sahaja, iaitu B40 dan bukan B40. Namun tahun ini berbeza. Ia dipecahkan kepada tiga kelompok iaitu B40, M40 dan T20.

Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Sri Amrin Awaluddin dan Pengurus Besar Pengurusan Haji, Nurrin Anuwar Shamsuddin.

PM umum perkhidmatan percuma MRT laluan Putrajaya hingga 31 Mac

March 16, 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya boleh digunakan secara percuma bermula hari ini sehingga 31 Mac ini.

Beliau berkata, perkhidmatan percuma itu dari stesen MRT Kwasa Damansara hingga Putrajaya Sentral ditawarkan sempena pembukaan rasmi MRT Laluan Putrajaya bermula jam 3 petang ini.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fookdan Menteri Kabinet dan Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Mohd Zarif Hashim.

Perkhidmatan MRT2 laluan Putrajaya sepanjang 57.7 kilometer (km) adalah projek kedua MRT Lembah Klang, yang menelan belanja RM30.53 bilion.

Laluan berkenaan mempunyai 36 stesen, meliputi kawasan berkepadatan tinggi seperti Bandar Sri Damansara, Kepong, Batu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, Persiaran KLCC, Kuchai Lama, Seri Kembangan, Cyberjaya dan Putrajaya.

Banjir Johor Semakin Pulih

March 16, 2023

Situasi banjir di Johor terus menunjukkan trend menurun dengan jumlah mangsa pagi ini, seramai 31,680 daripada 8,992 keluarga dari tiga daerah yang masih terjejas banjir.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani, berkata jumlah itu susut berbanding jam 8 malam tadi yang menempatkan seramai 33,245 mangsa daripada 9,433 keluarga yang ditempatkan di 107 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Batu Pahat, Tangkak dan Segamat.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor, berkata Batu Pahat masih merekodkan jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu menunjukkan penurunan mangsa banjir dengan 31,581 orang (8,966 keluarga) di 103 PPS.

Laporan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) pula tiada mengeluarkan sebarang amaran hujan berterusan mahu pun ribut petir di mana-mana daerah di negeri Johor.

Menurut beliau, setakat ini semua sungai yang sebelum ini berada pada paras bahaya sudah kembali paras normal.

'Pengkhianat' isu tuntutan kumpulan Sulu, kerajaan teruskan siasatan

March 15, 2023

Kerajaan sedang melakukan semakan untuk menentukan sekiranya ada dalam kalangan lapan individu yang mendakwamempunyai pertalian dengan pengganas Royal Sulu Forces (RSF).

Selain pertalian rapat, turut diambil kira sama ada pihak yang ingin mendapatkan pampasan ke atas Sabah itu mempunyai hubungan kekeluargaan atau waris kepada RSF.

Sekretariat Khas Sulu melalui kenyataan berkata, semakan dilakukan itu antara langkah diteliti kerajaan dalam usaha menentang pihak penuntut yang mendakwa waris kumpulan Sulu dalam usaha memelihara kedaulatan negara.

Sekretariat Khas Sulu dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, diwujudkan atas persetujuan Jemaah Menteri pada 17 Februari lalu, sebagai pusat tumpuan utama untuk menangani isu tuntutan kumpulan Sulu dalam memastikan perbincangan dan penyelarasan lebih teratur, sistematik dan membabitkan semua pihak.

Kerajaan sedang menyiasat kemungkinan wujud 'tali barut' dalam kalangan rakyat negara ini yang membantu dalam kes kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu bagi mendapatkan pampasan ke atas Sabah.

Mendedah situasi itu, beliau tidak menolak kemungkinan orang dalam menjadi dalang dalam tuntutan kumpulan Sulu itu, berdasarkan tuntutan tanpa henti mereka atas syarikat berkaitan kerajaan Malaysia di luar negara.

Boleh hadir sekolah tanpa pakaian seragam

March 15, 2023

Kementerian Pendidikan (KPM) memberi kelonggaran kepada murid dan pelajar yang kurang mampu untuk hadir ke sekolah pada sesi persekolahan baharu, meskipun tidak dapat menyediakan pakaian seragam sekolah.

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata kelonggaran itu diberikan sebagai langkah memudahkan ibu bapa terutama mereka terkesan akibat banjir.

Beliau berkata, berhubung rungutan pakaian kokurikulum atau badan beruniform, kementerian juga bersetuju supaya memakai t-shirt yang menggambarkan sekolah mereka jika ibu bapa tidak mampu untuk menyediakan seragam itu.

Mengulas mengenai penempatan guru pada sesi persekolahan akan datang, Fadhlina berkata, KPM sedang memberikan tumpuan terhadap perkara berkenaan dan akan diumumkan dalam tempoh terdekat sebaik mendapat keputusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.

37,503 masih di 119 PPS di Johor

March 15, 2023

Seramai 37,503 mangsa banjir daripada 10,625 keluarga masing ditempatkan di 119 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor sehingga jam 8 malam tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, mangsa terbabit direkodkan di empat daerah iaitu Batu Pahat, Muar, Segamat dan Tangkak.

Beliau berkata, jumlah mangsa banjir di Segamat dan Tangkak pula kekal seperti petang tadi masing-masing 154 orang (42 keluarga) di lima PPS dan 24 mangsa (tiga keluarga) di sebuah PPS.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) tidak mengeluarkan sebarang amaran hujan berterusan mahu pun ribut petir di mana-mana daerah di negeri ini.

Bagi laporan pemantauan cuaca sebenar juga menunjukkan semua daerah di negeri ini dilaporkan cerah.

Sementara itu, terdapat 12 jalan di Batu Pahat yang masih ditutup akibat banjir, sama ada bagi laluan semua kenderaan atau dibuka untuk kenderaan berat sahaja.

Laporan paras air sungai juga merekodkan tiga lembangan sungai yang melepasi paras air bahaya iaitu Sungai Muar di Bukit Kepong, Muar (3.33m); Empangan Bekok (19.39m) dan Sungai Senggarang (3.62m) di Batu Pahat.

Projek pemajuan bandar wajib babitkan rakyat elak jadi gajah putih

March 13, 2023

Mulai tahun ini Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) mewajibkan projek baharu di bawah kementerian melalui kajian secara berkecuali meliputi pembabitan rakyat dalam perancangan pemajuan bandar.

Menterinya, Nga Kor Ming, berkata ia bagi menghindari ketirisan perbelanjaan berpunca daripada senario projek gajah putih atau projek terbengkalai.

Menurut beliau, rakyat hendaklah sentiasa dibabitkan dalam perancangan pemajuan bandar menerusi pendekatan dari bawah ke atas bagi membolehkan pihak berkuasa tempatan (PBT) benar-benar membangun dan memajukan bandar berdasarkan keperluan rakyat.

Konvensyen dua hari bermula semalam itu membabitkan penyertaan wakil 155 PBT seluruh negara bertujuan memperkukuh dan memperkasa peranan PBT di samping sebagai ruang kepada ahli majlis PBT bertukar pandangan serta menyumbang idea.

Pada sidang media, beliau berkata ketetapan semua projek baharu di bawah KPKT untuk wajib menjalani ujian terutamanya ujian kebolehlaksanaan secara berkecuali yang mesti dijalankan bermula tahun ini.

Beliau mengakui situasi projek gajah putih disebabkan kurangnya pembabitan rakyat.

Bagaimanapun, menurut beliau KPKT akan cuba menyelamatkan projek gajah putih selain enggan menyalahkan pentadbiran terdahulu.

Mangsa banjir di Johor turun kepada 40,846

March 13, 2023

Jumlah mangsa banjir di Johor terus mencatatkan penurunan kepada 40,846 mangsa banjir daripada 11,496 keluarga setakat jam 8 pagi ini berbanding 41,661 orang daripada 11,664 keluarga pada jam 8 malam tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani, berkata semua mangsa banjir itu kini ditempatkan di 139 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah yang masih terjejas.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor berkata, sehingga pagi ini sebanyak tiga PPS sudah ditutup dengan Batu Pahat, Muar, Tangkak dan Segamat masih terjejas dengan banjir.

Menurut Azmi, Segamat juga menunjukkan penurunan jumlah mangsa banjir iaitu 234 orang daripada 63 keluarga di sembilan PPS.

Katanya, laporan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) pula tiada mengeluarkan sebarang amaran hujan berterusan mahu pun ribut petir di mana-mana daerah di negeri ini.

Sabah sedia RM120 juta bina 1,500 rumah mesra rakyat

March 13, 2023

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah menyediakan peruntukan bernilai RM120 juta bagi membiayai projek pembinaan 1,500 rumah mesra rakyat tahun ini.

Menterinya, Datuk Jahid Jahim, berkata kerajaan peka terhadap keluhan rakyat miskin dan miskin tegar di negeri ini yang tidak mampu memiliki rumah sendiri.

Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli berkata, kerajaan yakin dengan komitmen dan semangat kecemerlangan yang ada pada seluruh warga KPLB dapat merealisasi serta menterjemahkan hasrat kerajaan membangunkan luar bandar.

Beliau yakin penjawat awam boleh membantu kerajaan dalam menjelaskan kepada masyarakat berkaitan program dan projek kementerian mahu pun kerajaan yang sudah dan akan dilaksanakan.

Katanya, platfom media sosial seperti WhatsApp, Instagram dan Facebook adalah nadi utama dalam sistem berkomunikasi dengan rakyat masa kini sebagai medium pilihan menyampaikan maklumat untuk berkomunikasi berkaitan tugasan yang diberikan.

Iftar Ramadan di Dorsett Hotels

February 24, 2023

Dorsett Hotels mempelawa anda untuk menikmati hidangan dan juadah istimewa sempena Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi. Dengan tema “CitaRasa Malaysia”, Dorsett Grand Subang menawarkan pakej iftar bertaraf 5 bintang di Terazza Brasserie yang terletak di aras Lower Ground.

 

CitaRasa Malaysia akan bermula disediakan dari 23 Mac 2023 sehingga20 April 2023 antara pukul 6.30 petang sehingga 10.30 malam pada harga RM 168 nett (dewasa), RM 138 nett (warga emas 60 tahun ke atas) dan RM 90 nett (kanak-kanak antara 6 hingga 12 tahun).

 

Bagi mereka yang mahu menikmati penjimatan Early Bird, pembelian atau tempahan boleh dibuat mulai 1 Februari hingga 20 Mac 2023 pada harga RM 130nett (dewasa sahaja) dan sebarang tempahan perlu dibuat sebelum waktu makan.

 

Anda juga berpeluang untuk menikmati Durian Musang King yang dibawakankhas kepada anda oleh Agra Best Services Malaysia Sdn Bhd yang dihantar setiaphari dari Raub, Pahang ke Hotel. Bagi menikmati Durian Musang King, anda hanya perlu membuat tambahan pembayaran sebanyak RM 130 nett bagi sebiji durian penuh.

 

Bagi Dorsett Kuala Lumpur pula, tema “Ramadan Seantero Dunia” memberi peluang kepada anda untuk menikmati pelbagai hidangan merentasi benua yangdibawakan khas kepada para pengunjung Checkers Café.

 

Ramadan Seantora Dunia akan mula beroperasi mulai 27 Januari hingga 20April 2023 mulai 6.30 petang hingga 10.00 malam pada harga RM 138 nett(dewasa), RM 118 nett (kanak-kanak 4 hingga 12 tahun serta warga emas 60 tahun ke atas). Tempahan awal adalah wajib dan boleh dilakukan melalui Whatsapp +6012674 3509.

 

Bagi Dorsett Putrajaya pula, Restoran Citra Rasa sekali lagi menggunakan tema #Bismillah bagi sessi iftar kali ini dengan lebih 160 juadah tradisional sambil dihiburkan dengan persembahan oleh Isma & Mawar. Para tetamu juga berpeluang untuk bertemu dengan artis-artis 80an dan 90an pada hujung minggu ketika makan malam.

 

Buffet #Bismillah mula disajikan dari 25 Mac hingga 20 April 2023 dari 6.30 petang hingga 10.00 malam pada harga RM 139 nett (dewasa) dan RM 88 nett (kanak-kanak 5 hingga 12 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas). Tempahan awal diwajibkan dan boleh dilakukan melalui talian +603 888928302 atau Whatsapp+6016 6680951

 

Dorseett Hartamas Kuala Lumpur pula mempelawa anda untuk menikmati iftar di outlet Table Talk dengan tema Santapan Muhibbah yang mula disajikan pada 27 Mac hingga 20 April 2023 dari 6.30 petang hingga 10.00 malam pada harga RM 138 nett (dewasa), RM 98 nett (warga emas 60 tahun ke atas) dan RM 68 nett (kanak-kanak 6 hingga 12 tahun).

 

Anda juga berpeluang dihiburkan oleh “Sade Malaysia”, Zur Eda &Bertiga band setiap hari mulai 7.30 malam dan 9.30 malam. Penjimatan Early Birdboleh dinikmati mulai 21 Februari hingga 20 Mac 2023 pada hari RM 128 (dewasa),RM 88 nett (warga emas 60 tahun ke atas) dan RM 58 nett (kanak-kanak 6 hingga12 tahun). Tempahan perlu dilakukan dengan menghubungi Table Talk di talian+6012 6883 045.

 

Curvz Café di Silka Cheras Kuala Lumpur juga tidak ketinggalan menawarkan iftar Ramadan dengan tema “Sajian Bulan & Bintang”. Baucer Early Bird boleh dibeli sehingga 26 Mac 2023 pada harga RM 55 nett (dewasa) dan RM 28 nett (kanak-kanak 6 hingga 12 tahun). Sebarang tempahan boleh dilakkukan melalui talian +603 91089280 atau Whatsapp 017 3564 437.

 

Tidak ketinggalan, Silka Maytower menawarkan makan malam bertema “Kampung-Style” di La Maison Restaurant dengan kadar buffet RM 78 nett. Bagi penjimatan early bird, baucer boleh dibeli pada harga RM 68 nett (dewasa) dan RM 34 nett (kanak-kanak 6hingga 12 tahun) sehingga 17 Mac 2023.

 

Layari www.dorsettbooking.com untuk sebarang tempahan dan pembelian baucer.

Dorsett Putrajaya lancar 88 bilik baharu

February 1, 2023

Sempena sambutan Tahun Baru Cina 2023, pihak Dorsett Putrajaya telah mengadakan satu acara rumah terbuka sempena tahun baharu lunar pada 31 Januari 2023 di Dorsett Putrajaya. Di majlis berkenaan, Dorsett Putrajaya telah mengumumkan pelancaran 88 buah bilik baharu di aras 1 dan 2 hotel berkenaan – menjadikkannya keseluruhan305 bilik tetamu.

 

Perkara tersebut telah diumumkan oleh En Michael Tang, Pengurus Besar Dorsett Putrajaya di dalam ucapannya mengalu-alukan para hadirin ke acara rumah terbuka berkenaan. Selain daripada itu, Dorsett Putrajaya juga memperkenalkan 5 bilik fungsi (function rooms) bagi keguanaan pelbagai aktiviti di mana ianya boleh dilaraskan menjadi sebuah dewan besar (ballroom) yang mampu menempatkan 800 orang pada atu-satu masa.

 

Menurut Tang lagi, acara rumah terbuka yang diadakan pada hari ini telah mengambil konsep ‘Muhibah’ sebagai tema di mana suasana acara dan menu makanan yang dihidangkan mencerminkan semangat muhibah pelbagai kaum di Malaysia.

 

Di acara berkenaan, pelbagai juadah telah dihidangkan kepada para tetamu yang telah disediakan oleh chef-chef Dorsett Putrajaya yang berpengalaman luas. Chef Ahmad Fuad Abd Malik, 44 adalah Sous Chef yang memfokuskan hidangan tradisional Melayu manakala Chef Wong Hoow Kong, 41 bertindak sebagai Chinese Sous Chef.

 

Bagi masakan India, Chef K Manimagala atau lebih mesra dengan panggilan ‘Aunty Mani’ berkongsi pengalaman masakannya yang berkecimpung dalam dunia kulinari, kelab dan perhotelan sejak 1992.  Hidangan istimewanya adalah kari kepala ikan yang merupakan resepi turun-temurun diwarisi daripada neneknya.

 

Untuk menikmati makanan yang disediakan oleh ketiga-tiga chef ini, datanglah ke Restoran CitraRasa, Dorsett Putrajaya.

Anugerah World Muslimpreneur Iktiraf Usahawan dan Jenama Muslim Terbaik

January 29, 2023

Buat pertama kali seumpamanya, Majlis Anugerah World Muslimpreneur 2022 telah dianjurkan untuk mengiktiraf, meraikan serta menghargai Usahawan serta Jenama milik perniagaan Muslim di Malaysia.

 

Majlis malam anugerah tersebut telah berlangsung dengan gilang-gemilang pada malam tadi dengan kesemua anugerah disampaikan oleh TYT Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang Di-Pertua Negeri Melaka, bertempat di Hotel The St. Regis Kuala Lumpur.

 

Profesor Adjung Hj. Adam Richman, Ketua Panel Pemilihan Anugerah World Muslimpreneur dalam ucapan Amanahnya mengatakan, selain memberi pengiktirafan kepada Usahawan Muslim yang layak, Anugerah WorldMuslimpreneur juga adalah merupakan satu tanggung jawab besar buat semua penerima anugerah di mana ia merupakan satu isyarat untuk mereka terus meningkatkan daya saing serta jenama mereka ke tahap yang lebih tinggi. Hal ini kerana dengan penganugerahan serta pengiktirafan ini, Malaysia dan dunia melihat mereka sebagai usahawan terbaik dalam dunia perniagaan Islam.

 

Seramai 34 penerima anugerah telah menerima anugerah mengikut kategori masing-masing dengan 8 penerima menerima anugerah utama iaitu Hajah Azlina binti Haji Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Fitrah Al Hajj (Warisan Og Dagangan Sdn Bhd) menerima Anugerah Most Top Brand, Ku Mohd Fikri Hanif bin Ku Puteh, Ketua Pegawai Eksekutif Tun Emas Sdn Bhd menerima Anugerah Most Trusted Brand, Datin Nor Fadilah binti Alias, Pengarah Al Kauthar Eduqids Sdn Bhd menerima Anugerah Consumer Choice Brand, YM Dr Sharifah Marzety Adibah binti Al Sayed Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Zety Roses Legacy Sdn Bhd menerima Anugerah Brand Prestigious Women CEO, Dato’ Jamal Syazwan bin Jamaludin, Ketua Pegawai Eksekutif Million Dinero Group (M) Sdn Bhd menerima Anugerah Brand Excellence CEO, Noor Haslinda binti Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif Aeo Freight Sdn Bhd menerima Anugerah Brand Prestigious Women CEO, Anwaruddin bin Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif Low Yet Centre menerima Anugerah Most Trusted Brand, Dato Mohd Chan, Pengerusi Mohd Chan Group Berhad menerima Anugerah Most Influential Brand dan Pn Mahani binti Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment Berhad menerima Aungerah Top Brand Islamic Financial Product.

 

Dianjurkan oleh Sekretariat World Muslimpreneur dengan kerjasama KNKV Group, IKON  Malaysia serta Pertubuhan Pengarah-Pengarah Syarikat Malaysia (MOCAD), manakala SIRIM Berhad dan ToyyibPay sebagai Rakan Strategik serta diuruskan oleh Eventopedia dan Empower Event. World Muslimpreneur turut disokong oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Malaysian Consultative Council of Islamic Organization (MAPIM).

Jumlah Dagangan Malaysia meningkat 8.6%

January 27, 2023

Jumlah dagangan Malaysia bagi Disember 2022 dicatatkan sebanyak RM 236 bilion, menampakkan peningkatan sebanyak 8.6 peratus dari tahun sebelumnya dengan nilai eksport meningkat 6 peratus ke RM 131.9 bilion mana kala import meningkat 12 peratus ke RM 104.1 bilion.

 

Ketua Juru Statistik – Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, jumlah perdagangan Malaysia pada tahun 2022 mencapai tahap RM 2.8 trilion.

 

Di antara 5 negeri pengeksport utama, Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama pada kadar 30.8 peratus diikuti Johor (19.2 peratus), Selangor (17.8 peratus), Sarawak (9.1 peratus) dan Kuala Lumpur (4.7 peratus).

 

Bagi import pula, Selangor merupakan pengimport utama pada kadar 27.2 peratus diikuti Pulau Pinang 21.9 peratus, Johor 20 .8 peratus, Kuala Lumpur 6.6 peatus dan Kedah 5.8 peratus.

Hujan Berpanjangan sehingga Isnin

January 27, 2023

Jabatan Meteorolgi Malaysia menjangkakan hujan berpanjangan di negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor mulai hari ini sehingga Isnin.

 

Amaran yang dikeluarkan pada pukul 9 pagi ini menyatakan bahawa hujan lebat berpanjangan dijangka berlaku di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh di Kelantan serta di seluruh negeri Terengganu.

 

Hujan berterusan bagi kawasan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan; Jerantut,Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang; dan Segamat, Kluang, Kulai,Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor.

 

Pihak Agensi Pengurusan Bencana Nasional (NADMA) telah mengarahkan Jawatan Kuasa Pnegurusan Bencana Negeri di peringkat negeri dan daerah untuk bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan – khususnya bagi kawasan yang berisiko tinggi.

Laluan LRT Ampang tergendala

January 27, 2023

Perkhidmatan LRT bagi laluan Ampang tergendala berpunca dari masalah yang melibatkan faktor keselamatan di stesen LRT Bandaraya.

 

Rpaid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) di dalam kenyataannya hari ini berkata, siasatan awal mendapati perkhidmatan LRT mengalami kelewatan perkhidmatan berpunca dari kerosakan struktur dipercayai kesan daripada kerja-kerja pembinaan di kawasan berdekatan.

 

Demi keselamatan, Rapid Rail mengarahkan supaya laluan antara Masjid Jamek dan Bandaraya ditutup sementara waktu. Berikutan arahan ini, laluan LRT Ampang akan beroperasi pada kelajuan yang dikurangkan dan ini akan memberi implikasi dalam bentuk kelewatan dalam 9 minit bagi kawasan perniagaan  utama dan 18 minit bagi kawasan luar perniagaan utama.

 

Perkhidmatan bas shuttle disediakan antara stesen Plaza Rakyat dan Masjid Jamek. Bas tambahan juga disediakan bagi penumpang kawasan Bandaraya dan Plaza Rakyat, termasuk dari Sentul Timur ke Bandaraya.

10 Firma Malaysia ke Arab Health 2023 - MATRADE

January 26, 2023

Sepuluh syarikat Malaysia dalam bidang peralatan perubatan dan farmaseutikal akan menyertai ekspo perubatan Arab Health 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 30Januari hingga 2 Februari 2023.

 

Perbadanan Kemajuan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengendalikan penyertaan syarikat-syarikat ini termasuk KPJ Healthcare Berhad dan UEM Edgenta Berhad agar dapat mewujudkan peluang eksport bagi peralatan perubatan dan perkhidmatan kesihatan ke negara-negara Timur Tengah dan Utara Afrika (MENA).

 

Penyertaan MATRADE ke ekspo Arab Health 2023 kali ini adalah bagi kali yang ke-19. Pada tahun 2020, destinasi eksport Malaysia bagi peralatan perubatan kenegara-negara MENA adalah di tangga 5 teratas dengan nilai eksport RM 316.1 juta.

Rombakan Timbalan Menteri di Sabah

January 26, 2023

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan rombakan Pembantu Menteri di Sabah melibatkan 3 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, hari ini.

 

Menurut Hajiji, Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Ruslan Muharam yang merupakan ADUN Lumadan dilantik sebagai Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah. ADUN Inanam, Peta Gadim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilantik Pembantu Menteri Pertaniandan Perikanan Sabah mana kala ADUN Likas, Tan Lee Fatt dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) dilantik sebagai Pembantu Menteri Kewangan.

 

Selain daripada itu, 4 Pembantu Menteri bertukar portfolio iaitu Datuk Seri Dr Ruddy Awah dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar; Datuk Fairuz Renddan yang juga dari GRS sebagai Pembantu Menteri Belia dan Sukan; Datuk Harun Durabi dari Barisan Nasional (BN) sebagai Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; dan Datuk Andi Suryady Bandy yang juga dari BN sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Industri.

Hari Wilayah Persekutuan 2023 disambut secara sederhana

January 26, 2023

Sambutran Hari Wilayah Persekutuan 2023 bakal disambut pada 1 Februari pada skala yang sederhana dengan pengurangan peruntukan perbelanjaan sebanyak 10 kali ganda berbanding dahulu.

 

Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Rosida Jaafar, ini adalah selaras dengan saranan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam usaha kerajaan untuk mengurangkan kos agar lebihan peruntukan tersebut boleh disalurkan kepada golongan yang patut menerima bantuan di dalam Wilayah Persekutuan seperti golongan B40.

 

Beliau berkatademikian di Majlis Penyerahan Bendera Wilayah Persekutuan dan Program Bantuan Kasih Putrajaya. Di acara berkenaan, sebanyak 10,000 bendera Wilayah Persekutuan diagihkan kepada 60 persatuan penduduk, 54 KRT dan 27 buah sekolah di Putrajaya dalam usaha untuk memumpuk semangat kekitaan di kalangan warga Wilayah Persekutuan.

 

Di majlis yang sama, baucer bernilai RM 300 setiap satu diagihkan kepada 100 penerima dari kalangan isi rumah B40 di dalam Putrajaya.

 

Pembentangan Semula Belanjawan 2023 Demi Kepentingan Semua Kaum

January 25, 2023

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Belanjawan 2023 yang bakal dibentang semula bulan hadapan akan memenuhi keperluan dan menjaga kepentingan setiap kelompok rakyat dan kumpulan masyarakat.

 

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, butiran Belanjawan 2023 sedang diperhalusi  dan menegaskan bahawa Kerajaan tidak akan meminggirkan mana-mana pihak. Ini termasuk permintaan peruntukan daripada Sarawak dan Sabah.

 

Katanya lagi, pentadbiran pimpinan beliau tidak akan meminggirkan golongan M40 tanpa melupakan kepentingan B40.

 

Belanjawan 2023 akan dibentang semula di Parlimen pada 24 Feb dan tidak terikat dengan pembentangan belanjawan yang dibuat kerajaan sebelum ini. Namun, saranan daripada belanjawan sebelum ini masih diambil kira dalam proses penyediaan Belanjawan 2023.

Kementerian Ekonomi Fokus kepada Pengurusan Harga Barangan

January 25, 2023

Pengurusan harga barangan pengguna yang dilihat sebagai pemangkin kepada kos sara hidup adalah salah satu daripada fokus utama Kementerian Ekonomi.

 

Menurut Menteri Ekonomi – Rafizi Ramli, sebagai kementerian yang bertanggung jawab untuk mengurus ekonomi negara, dua perkara berkaitan ekonomi yang dianggap penting di kalangan rakyat adalah isu harga barangan dan gaji.

 

Pengurusan harga barangan harus dilakukan secara berterusan dan rakyat perlu dimaklumkan dari bulan ke bulan bagi pemantauan. Namun, semua harus sedar bahawa ada perkara yang boleh diselesaikan dengan serta merta dan ada perkara yang mengambil masa yang lebih lama untuk diselesaikan.

 

Beliau bercakap di sidang media bagi pengumuman Indeks Harga Pengguna bagi bulan Disember 2022 di Putrajaya.

Keputusan Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah melibatkan MH17 akan diumumkan hari ini

January 25, 2023

Mahkamah HakAsasi Manusia Eropah (ECHR) akan mengumumkan penghakimannya pada hari Rabuberkaitan perbuatan puak pemisah Pro-Russia di Timur Ukraine menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17.

 

Menurut laman web ECHR, keputusan penghakiman tersebut akan diumumkan di Bangunan Hak Asasi Manusia di Strasbourg, Perancis pada pukul 2.30 petang (10.30 malam waktu Malaysia).

 

Bagi kes Belandalwn Russia (no. 28525/20) adalah berkaitan dengan perbuatan menembak jatuhpesawat MH17 yang melalui ruang udara Timur Ukraine yang telah mengorbankan 298 nyawa – melibatkan 196 warga Belanda.

 

Puak pemisah pro-Russia berusaha untuk menubuhkan Republik Rakyat Donetsk dan Lugansk di Timur Ukraine. Pesawat MH17 telah ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu Buk buatan Russia ketika melalui kawasan bergolak itu dalam perjalannya dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur.

Askar Wataniah harus bersiap siaga – Raja Muda Perlis

January 25, 2023

Raja MudaPerlis, Brig Jen Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, para pegawai dan anggota 504 Rejimen Askar Wataniah diletakkan dalam keadaan siap siaga untuk sebarang kerahan pada bila-bila masa.

 

Titah Baginda, setiap Pegawai Askar Wataniah dan sukarelawan harus mempunyai kemahiran yang standing tentera tetap. Ini boleh menjadi realiti sekiranya kedua-dua sukarelawan dantentera tetap menjalani latihan ketenteraan bersama.

 

Baginda yang merupakan Komander Rejimen 504 Askar Wataniah menerima mengadap Timbalan Komander Rejimen 504 Askar Wataniah – Lt Kol Lasahi Laiji bagi membincangkan hala tuju dan perancangan rejimen untuk tahun ini.

 

Sehubungan dengan itu, Lt Kol Lasahi juga menggesa anak muda di Perlis untuk menghadiri sessi pemilihan bagi meneyertai Askar Wataniah yang bakal diadakan dari 30 Januari hingga 3 Februari mulai pukul 8 pagi di Kem Bukit Keteri.

Pitas, Kota Marudu dilanda banjir di Sabah

January 25, 2023

Daerah Pitasdan Kota Marudu di Sabah merupakan kawasan terbaharu yang dilanda banjir dimana 79 orang mangsa dari 21 buah keluarga dipindahkan ke Pusat Penempatan Banjir Sementara di Pitas.  Operasi menyelamat giat dilakukan bagi membantu mangsa di Kota Marudu, pagi ini.

 

Bilangan mangsa setakat pagi ini yang terkesan pada bencana banjir di Sabah adalah 166 orang dari 41 buah keluarga.

 

Menurut Sekretariat Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, bencana banjir ini berlaku berikutan hujan lebat yang berpanjangan sejak pagi semalam.

 

Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran hujan lebat berpanjangan bagi beberapa daerah melibatkan pantai barat Sabah, Sandakan dan Kudat dan hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman dan Tawau.

2,912 Mangsa banjir di Mersing

January 25, 2023

Sejak tengah malam 25 Januari 2023, bilangan mangsa banjir di negeri Johor meningkat ke 2,912 orang mangsa berbanding bilangan yang dicatat pada pukul 8 malam semalam seramai 1,703 orang dengan Mersing menjadi daerah yang terkini dilanda bencana banjir.

 

Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Negeri menyatakan bahawa 14 pusat penempatan banjir sementara telah dibuka di daerah Kota Tinggi, Kluang, Mersing dan Segamat menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 30 pusat.

 

Sementara itu, empat sungai di Johor telah melangkaui tahap bahaya dengan jangkaan trend meningkat iaitu Sungai Muar dekat muara Sungai Gemas setinggi 19.12 meter, Sungai Lenik dekat Ladang Chaah setinggi 7.34 meter, Sungai Segamat dekat Segamat Kecil setinggi 37.8 meter dan Sungai Kahang dekat Kampung Contoh setinggi 15.11 meter.

PM bertemu Rakyat Malaysia di Brunei

January 25, 2023

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalankan lawatan rasmi ke Negara Brunei Darussalam telah mengadakan pertemuan dengan rakyat Malaysia di negara berkenaan dalam satu majlis makan malam.

 

Majlis yang dikendalikan oleh pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke Brunei itu turut memuatkan sessi dialog yang melibatkan PM. Berucap di hadapan 400 hadirin, Anwar memberikan bayangan rancangan beliau bagi menerajui negara.

 

Menurut PM, konsep Malaysia Madani yang diperkenalkan pada 19 Januari lalu merupakan usaha bagi meningkatkan maruah rakyat dan negara di persada global. Menurutnya, tiada gunanya slogan yang gah sekiranya Kerajaan tidak menghayati sepenuhnya.

 

Menurutnya lagi, fokus kerajaan adalah untuk memacu pertumbuhan ekonomi dengan memberi keutamaan kepada negeri-negeri sambil mencari peluang-peluang dalam sektor ekonomi baharu.

 

PM dijadualkan mengadap Sultan Brunei – Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman pada hari ini dan dalam sessi berkenaan, pemimpin kedua-dua negara dijangka akan membincangkan  kerja sama sedia ada dan menguatkan lagi hubungan bersama.

 

PM dan Baginda Sultan Brunei juga akan menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Agensi Pelaburan Brunei (BIA)

Konsep Malaysia Madani usaha Kerajaan menangai Isu Rakyat

January 25, 2023

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, Konsep Malaysia Madani bukanlah sekadar slogan semata-mata, tetapi ia adalah usaha Kerajaan untuk menangani masalah yang dihadapi oleh rakyat di masa yang sama membentuk jati diri warganegara.

 

Katanya lagi, konsep ini boleh dijadikan sebagai rujukan bagi para Menteri dan pihak Kementerian bagi mencapai KPI masing-masing. KPI bukanlah sekadar bilangan program yang dijalankan oleh setiap Kementerian, tetapi penilaian kepuasan perkhidmatan dan program yang berkualiti yang membantu menyelesaikan masalah rakyat.

 

Bagi KPI Kementerian Komunikasi dan Digital, capaian internet dan masalah telekomunikasi yang dihadapi oleh raykat merupakan isu utama yang diberi perhatian dan perlu diselesaikan. Menurutnya lagi, Kementerian akan menurunkan harga internet mudah alih pra-bayar melalui Pakej Perpaduan yang bakal dilaksanakan pada bulan hadapan dan akan dikembangkan kepada perkhidmatan jalur lebar tetap.

Kerajaan laksana sebahagian besar MA63

January 22, 2023

Agihanperbelanjaan tahunan dan lantikan wakil-wakil Sabah dan Sarawak di dalam LembagaHasil Dalam Negeri (LHDN) adalah antara intipati Perjanjian Malaysia 1963(MA63) yang telah Berjaya diselesaikan oleh Kerajaan Perpaduan. Menurut PerdanaMenteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Kerajaan juga bersetuju memindahkan kuasabagi perbelanjaan pembangunan infrastruktur awam kepada Sabah dan Sarawak  melalui Jabatan Kerja Raya setiap negeri.

 

KerajaanPersekutuan juga akan membiayai projek-projek pembinaan infrastruktur awam diSabah dan Sarawak dengan keseluruhan peruntukan diagihkan kepada kerajaan negeridengan seliaan oleh Kementerian Kewangan.

 

Menurut PerdanaMenteri, sebahagian besar daripada peruntukan MA63 yang tidak terlaksana selamalebih 60 tahun telah berjaya diselesaikan dalam Mesyuarat Majlis TindakanPerlaksanaan MA63 pada Jumaat lepas yang turut dihadiri Premier Sarawak danKetua Menteri Sabah. Beliau yang juga Menteri Kewangan menyifatkan penyelesaiansebahagian besar MA63 adalah berasaskan ketegasan dan keikhlasan pimpinan dalamKerajaan Perpaduan.

Amaran Banjir Kilat bagi 6 Negeri

January 22, 2023

Pusat Ramalandan Amaran Banjir Negara (PRABN) mengeluarkan amaran berlakunya insiden banjirkilat dalam masa 24 jam bagi 6 negeri. Di Johor, kawasan yang berisiko adalah mukimSungai Punggor, Simpang Kanan, Mukim Seri Medan dan sekitar dalam daerah BatuPahat dan Mukim Sedili Besar dan sekitar dalam daerah Kota Tinggi.

 

Bagi daerahMuar, mukim Sri Menanti, Ayer Hitam, Bandar, Jalan Bakri, Bandar Maharani dansekitar serta mukim Rimba Terjun, Ayer Masin, Pontian, Ayer Baloi, Benut, SungaiPinggan dan sekitar.

 

Di negeriMelaka, kawasan yang terlibat adalah mukim Umbai, Telok Mas, Padang Temu, Alai,Ujong Pasir, Bukit Lintang, Padang Semabok, Duyong, Bukit Piatu, Bukit Katil,Bukit Rambai, Tangga Batu, Sungai Udang dan sekitar dalam daerah Melaka Tengahdan mukim Ayer Panas, Nyalas dan sekitar dalam daerah Jasin.

 

Di negeriPahang, 3 daerah iaitu Temerloh, Bera dan Maran diramal mengalami banjir kilatkhususnya di mukim Perak, Jenderak, Bangau, Temerolh, Sanggang, Bera, Triang, Kertaudan Chenor.

 

Di negeriSelangor kawasan Pandamaran, Klang, Kapar dalam daerah Klang dan bandar ShahAlam, Pekan Batu Tiga, Damansara, Bukit Raja dalam daerah Petaling serta mukimPasangan, Bestari jaya dan sekitar dalam daerah Kuala Selangor.

 

Di NegeriSembilan, mukim Kenaboi, Ulu Klawang, Pertang dan sekitar dalam daerah Jelebudan mukim Serting Ulu, Serting Ilir, Batu Kikir dan sekitar dalam daerah Jempoldan mukim Gemas, Gemencheh dan sekitar dalam daerah Tampin.

 

Di Sarawak,kawasan sekitar bandaraya Kuching dalam Bahagian Kuching dan kawasan KampungMang, Tanjung Bundong, Empila, Tanjung Parang, Bangka, Semong, Nuip dan sekitardalam Bahagian Samaran.

 

Amarandikeluarkan berikutan hujan lebat dan rebut petir berpanjangan dikawasan-kawasan berkenaan.

Bas terbakar di Plaza Tol UPM Serdang

January 22, 2023

Sebuah bas yangmembawa 44 orang penumpang terbakar dalam satu insiden di Plaza Tol UPM Serdangkira-kira pukul 6.13 pagi, Ahad. Kesemua penumpang terselamat. Menurut KetuaPolis Daerah Sepang, ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof, kesemua penumpang Berjayameninggalkan bas tersebut sebelum keseluruhan bas musnah dijilat api. Selaindaripada bas berkenaan, bumbung plaza tol UPM juga turut disambar api.

 

Siasatan awalmendapati bahawa kemalangan tersebut berpunca daripada kerosakan klac. Menurutpemandu bas berkenaan, klac yang ditekan dalam jarak 50 meter daripada tolterasa keras dan tidak berfungsi untuk memerlahankan bas tersebut. Namun, basberhenti secara sendiri di dalam lorong di plaza tol berkenaan.

 

Plaza Tol UPMSerdang mengalami kerosakan besar akibat kebakaran tersebut namun menurut pihakPLUS, plaza tol berkenaan kini beroperasi seperti biasa dengan lorong palingkiri ditutup bagi urusan baik pulih.

Malaysia kutuk perbuatan bakar Quran di Stockholm

January 22, 2023

Malaysiamengutuk sekeras-kerasnya perbuatan pelampau politik Sweden – Rasmus Paludanberikutan insiden pembakaran naskhah kitab Al-Quran di Stockholm, Sweden. PerdanaMenteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga menggesa Kerajaan Sweden untuk mengambiltindakan segera ke atas pelaku demikian demi bagi menangani isu Islamophobiayang kian meningkat di negara berkenaan.

 

Perdana Menterijuga mengajak warga antarabangsa untuk menolak penghinaan bangsa dan agama atasnama kebebasan bersuara dan menggesa seluruh dunia untuk Bersatu menentangpolitik kebencian dan keganasan.

 

Insiden pembakaran naskhah Al-Quran oleh RasmusPaludan di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm yang telah menaikkan kemarahanumat Islam seluruh dunia.

64,598 mangsa banjir di 5 negeri

December 23, 2022

Seramai 64,598 mangsa banjir direkod masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir yang melanda lima negeri.

Angka terkini membabitkan 18,601 keluarga itu direkodkan sehingga jam 6 pagi ini, dengan semua mangsa kini ditempatkan di 368 PPS yang dibuka.

Berdasarkan laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu mencatatkan jumlah mangsa banjir paling ramai.

Sehingga pagi ini 34,383 mangsa daripada 9,377 keluarga direkodkan berlindung di 245 PPS yang dibuka, diikuti Kelantan dengan 30,107 mangsa daripada 9,189 keluarga di 119 PPS.

Baki tiga lagi negeri yang terjejas banjir ialah Johor dengan 48 mangsa daripada 15 keluarga di dua PPS, diikuti Perak dengan 26 mangsa daripada 12 keluarga di satu PPS dan Pahang membabitkan 34 mangsa daripada lapan keluarga juga di satu PPS dibuka.

Kemaman kekal catat mangsa banjir teramai di Terengganu

December 23, 2022

Bilangan mangsa banjir di negeri ini direkod berkurangan berbanding malam tadi dengan daerah Kemaman mencatat jumlah mangsa paling ramai dipindahkan.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu melaporkan sehingga jam 8 pagi ini, 36,231 mangsa membabitkan 9,739 keluarga ditempatkan di 256 pusat pemindahan sementara (PPS) seluruh negeri ini.

Di Kemaman sahaja, katanya 7,364 mangsa membabitkan 1,971 keluarga dipindahkan di 24 PPS.

Jumlah mangsa di Besut pula direkodkan seramai 6,672 mangsa membabitkan 1,587 keluarga ditempatkan di 66 PPS, manakala di Dungun sedikit bertambah apabila 6,186 mangsa membabitkan 1,619 keluarga berpindah ke 41 PPS.

Di Hulu Terengganu, seramai 5,954 mangsa membabitkan 1,976 keluarga berada di 47 PPS, diikuti 3,895 mangsa membabitkan 988 keluarga yang ditempatkan di 17 PPS di Kuala Nerus.

Di Kuala Terengganu pula, 13 PPS dibuka bagi menempatkan 2,863 mangsa membabitkan 751 keluarga.

Jumlah mangsa di Setiu seramai 2,375 mangsa membabitkan 622 keluarga berpindah ke 36 PPS dan akhir sekali di Marang bilangan mangsa banjir semakin berkurang apabila 922 orang membabitkan 225 keluarga ditempatkan di 12 PPS.

Banjir kilat dijangka landa 6 negeri dalam 24 jam

December 23, 2022

Banjir kilat mungkin melanda Johor, Pahang, Perak, Selangor, Terengganu dan Sabah dalam tempoh 24 jam jika berlaku hujan lebat atau ribut petir yang signifikan.

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui notis dikeluarkan jam 7 pagi ini berkata, kawasan terbabit di Johor ialah Kota Tinggi sekitar Sedili Kechil dan Ulu sungai Sedili Besar, Muar (Bandar, Bandar Maharani dan Jalan Bakri) serta Mersing (Bandar Padang Endau).

Di Pahang, tiga daerah terbabit iaitu Kuantan sekitar Bandar Kuantan, Hulu Kuantan, Kuala Kuantan, Pulau Manis dan Sungai Karang, Maran (Pekan) serta Pekan (Bebar, Pekan dan Langgar).

Sementara itu, di Perak dua daerah dan kawasan sekitar yang dijangka terjejas ialah Bagan Datuk (Pekan Simpang Empat) dan Hilir Perak (Durian Sebatang) manakala di Selangor membabitkan Klang.

Bagi Terengganu pula, kawasan diramal terjejas adalah Marang (Bukit Payung) dan Kuala Terengganu (Batu Buruk, Chendering dan Kuala Terengganu) manakala di Sabah ialah Tuaran (Kampung Berungis dan Pekan Tenghilan).

Notis kesiapsiagaan itu dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutama di kawasan berisiko berwaspada dengan kemungkinan berlaku banjir kilat dalam tempoh terbabit.

Kapal layar Puteri Mahsuri dijumpai, 4 kru bersama nakhoda selamat

December 23, 2022

Kapal layar Puteri Mahsuri bersama empat kru warga Myanmar dan seorang nakhoda yang dilapor hilang di perairan Langkawi sejak Isnin lalu, berjaya ditemui semalam.

Jurucakap Markas Pemerintahan Armada Barat, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkata, kapal terbabit berjaya dikesan jam 1 petang di kedudukan 37.5 batu nautika barat laut Pulau Perak.

Kapal Diraja KD Lekiu milik Tentera Laut Diraja Malaysia (LTLDM) seterusnya digerakkan ke lokasi untuk memberi bantuan awal.

Sebelum ini Markas Wilayah Laut 3 mengesahkan menerima maklumat daripada Maritime Rescue Sub-Center (MRSC) Langkawi berhubung laporan kehilangan kapal layar itu melalui rakan pemilik kapal berkenaan layar itu, Captain William Foo jam 8 pagi Isnin lalu.

Posisi terakhir Kapal Layar Puteri Mahsuri sebelum insiden adalah 14 batu nautika barat Pulau Rebak dan dipercayai hanyut akibat rantai sauhnya terputus sewaktu bersauh di perairan itu.

Mangsa banjir di Kelantan berkurang, PPS kembali dibuka di Jeli

December 23, 2022

Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Kelantan direkod menurun pagi ini walaupun beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di Jeli kembali dibuka.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Kelantan melaporkan sehingga jam 9 pagi ini 30,143 mangsa banjir berlindung di PPS seluruh negeri berbanding 32,029 yang direkodkan petang semalam.

Semua mangsa membabitkan 9,200 keluarga yang ditempatkan di 119 PPS di sembilan daerah iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Kuala Krai, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tanah Merah, Tumpat dan Jeli.

Jumlah mangsa paling ramai adalah di Pasir Mas dengan 13,899 orang daripada 4,624 keluarga yang ditempatkan di 34 PPS, diikuti Pasir Puteh (5,887 orang daripada 1,532 keluarga di 20 PPS) dan Tumpat (4,624 orang, 1,433 keluarga di 15 PPS).

Selain itu, mangsa banjir di Bachok (1,693 orang daripada 442 keluarga di tujuh PPS), Kota Bharu (1,501 orang daripada 432 keluarga di 14 PPS), Kuala Krai (1,446 orang daripada 391 keluarga di 16 PPS), Tanah Merah (765 mangsa, 241 keluarga di sembilan PPS), Jeli (198 orang daripada 68 keluarga di tiga PPS) dan Machang (130 mangsa, 37 keluarga di satu PPS).

594 mangsa banjir berada di lima PPS di Pahang

December 20, 2022

Lima sungai utama di Kelantan masih melepasi paras bahaya sehingga jam 8.30 pagi ini.

Sungai Golok di Rantau Panjang dengan bacaan 10.63 meter (m) berbanding paras normal 5.00m.

Selain itu, Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah juga melepasi paras bahaya dengan bacaan 24.62 m berbanding paras normal 19.00m.

Tiga lagi sungai yang melepasi paras bahaya ialah Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat (2.97m), Sungai Lebir di Kampung Tualang dekat Kuala Krai (38.60m) dan Jambatan Melor di Bachok (10.02m).

Pada masa sama, tiga sungai melepasi paras amaran iaitu Sungai Kelantan di Kuala Krai yang mencatatkan 24.82 m.

Dua lagi sungai iailah Sungai Pergau di Kuala Balah, Jeli (55.16m) dan Sungai Lanas di Air Lanas dekat Jeli merekodkan bacaan 29.38m.

Lima sungai utama di Kelantan lepasi paras bahaya

December 20, 2022

Lima sungai utama di Kelantan masih melepasi paras bahaya sehingga jam 8.30 pagi ini.

Sungai Golok di Rantau Panjang dengan bacaan 10.63 meter (m) berbanding paras normal 5.00m.

Selain itu, Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah juga melepasi paras bahaya dengan bacaan 24.62 m berbanding paras normal 19.00m.

Tiga lagi sungai yang melepasi paras bahaya ialah Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat (2.97m), Sungai Lebir di Kampung Tualang dekat Kuala Krai (38.60m) dan Jambatan Melor di Bachok (10.02m).

Pada masa sama, tiga sungai melepasi paras amaran iaitu Sungai Kelantan di Kuala Krai yang mencatatkan 24.82 m.

Dua lagi sungai iailah Sungai Pergau di Kuala Balah, Jeli (55.16m) dan Sungai Lanas di Air Lanas dekat Jeli merekodkan bacaan 29.38m.

12 sungai di Terengganu lepasi paras bahaya

December 20, 2022

Hujan berterusan menyebabkan paras air di beberapa sungai utama di negeri ini terus meningkat.

Setakat jam 9 pagi, 12 sungai direkodkan melepasi paras bahaya, manakala tiga sungai masing-masing melepasi paras amaran dan waspada.

Dua belas sungai yang merekodkan bacaan melepasi paras bahaya adalah masing-masing tiga sungai di Besut, Setiu dan Kemaman serta masing-masing satu di Hulu Terengganu, Dungun dan Marang.

Di Besut, ia membabitkan Sungai Besut di Jambatan Keruak dengan bacaan 39.30 meter (m), Sungai Besut di Kampung La (26.81m) dan Sungai Besut di Jambatan Jerteh (10.12m).

Bagi daerah Setiu, ia membabitkan Sungai Nerus di Kampung Bukit (14.75m), Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri (10.08m) dan Sungai Chalok di Jambatan Chalok (10.08m).

Sementara itu, tiga sungai di Kemaman turut merekodkan bacaan melepasi paras bahaya iaitu Sungai Tebak di Jambatan Tebak (20.39m), Sungai Kemaman di Jambatan Air Putih (15.02m) dan Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik (2.9m).

Tiga sungai yang menunjukkan bacaan melepasi paras amaran adalah Sungai Peneh di Felda Mengkawang, Hulu Terengganu (37.5m), Sungai Terengganu di Muzium Terengganu, Kuala Terengganu (2.22m) dan Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman, Kemaman (4m).

Selain itu, tiga sungai lagi turut melepasi paras waspada iaitu Sungai Terengganu di Jambatan Kuala Berang, Hulu Terengganu (9.65m), Sungai Terengganu di Bukit Tumbuh, Kuala Terengganu (1.95m) dan Sungai Nerus di Kampung Jeram, Kuala Nerus (2.67m).

Istiadat Konvokesyen Limkokwing University of Creative Technology

December 19, 2022

Pada 17 Disember 2022, Istiadat Konvokesyen Limkokwing University of Creative Technology (LUCT) telah diadakan bagi meraikan para graduan bagi tahun2021 dan 2022. Acara gilang gemilang yang telah diadakan di Hall of Fame, Kampus Cyberjaya, LUCT merupakan yang pertama di adakan sejak 2020 akibat kawalan pergerakan Covid-19 yang berjalan selama 2 tahun. Bagi edisi kali ini, seramai 857 graduan telah diraikan dan turut dihadiri oleh ibu bapa, paratetamu dan rakan-rakan pelajar.

Istiadat konvokesyen kali ini juga merupakan kali pertama acara ini diadakan selepas pemergian mendiang Pengasas LUCT – Tan Sri Dato’ Sri Paduka Limkokwing, yang telah berjasa selama lebih 50 tahun dalam membangunkan pendidikan teknologi kreatif dengan berteraskan inovasi. Ini terbukti dengan kejayaan mendiang  mentransformasikan universiti ini menjadi sebuah institusi global yang kini bertapak di lebih 12 kampus seluruh dunia termasuk di Asia, Afrika dan United Kingdom.

Tema Konvokesyen pada tahun ini adalah ‘Transforming the Future, Impacting the World’ – selari dengan visi mendiang Tan Sri Pengasas yang mahukan tranformasi masa depan yang memberikan impak besar ke dunia sejagat.

Hadir ke Istiadat Konvokesyen ini adalah Dato’ Tiffanie Marie Lim, Ketua Pegawai Penjenamaan; Dato’ Gail Phung, Naib Presiden Kanan; Raja Dato’ Aznil Bin Raja Hisham, Pengerusi Lembaga Pengelola LUCT; Profesor Dato’ Dr Hj Mohd Razali Bin Agus, Naib Canselor dan Dr Sudhir Ranjan Sen Gupta, Ahli Lembaga Pengelola LUCT.

Turut meraikan graduan dari 165 negara di acara berkenaan adalah tetamu kehormat dalam dan luar negara termasuk Tuan Yang Terutama Duta Besar Yemen ke Malaysia, Dr Adel Mohammed Ba Hamid dan Tuan-Tuan Yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka ke Malaysia, Air Chief Marshal Dabare Liyanage Sumangala Dias; Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Republik Nigeria ke Malaysia, Dr Hajara SalimIbrahim dan Pesuruhjaya Tinggi Kerajaan Eswatini ke Malaysia, Menzie Sipho Dlamini.

Penyerahan skrol kepada para graduan telah disempurnakan oleh Yang Mulia Raja Dato’ Aznil bin Raja Hisham sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola Universiti berkenaan.

Polis buru suspek kes samun, bunuh wanita

December 16, 2022

Polis giat memburu suspek kes samun sehingga menyebabkan kematian seorang wanita di Kampung Titingan, dekat sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuhm, berkata suspek dipercayai melarikan diri selepas menyamun dan mengelar leher mangsa menggunakan objek tajam dalam kejadian 7.30 malam itu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa yang juga warga asing berumur awal 30-an bersama anak perempuannya berumur setahun dikatakan dalam perjalanan pulang selepas mengambil sayur di rumah kakaknya, yang terletak tidak jauh dari rumah mereka, di situ.

Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 24 saat memaparkan seorang kanak-kanak menangis di sisi mayat ibunya yang terbaring dalam keadaan berlumuran darah dan dipercayai dibunuh.

Satu lagi rakaman berdurasi 40 saat turut memaparkan seorang lelaki dipercayai ahli keluarga mangsa memeluk jasad wanita berkenaan sebelum cuba ditenteramkan oleh orang awam yang berada di lokasi terbabit.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tawau untuk bedah siasat.

Risiko banjir kilat di 5 negeri dalam tempoh 24 jam

December 16, 2022

Beberapa kawasan di Johor, Pahang, Terengganu, Sarawak dan Perak berisiko mengalami banjir kilat dalam tempoh 24 jam jika berlaku hujan lebat atau ribut petir yang signifikan, menurut Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Notis PRABN yang dikeluarkan jam 5 petang tadi memaklumkan, dua daerah dan kawasan sekitarnya yang terbabit di Johor ialah Kota Tinggi (Sedili Besar) dan Mersing (Triang), manakala di Pahang melibatkan daerah Kuantan (Sungai Karang) dan Rompin (Endau dan Rompin).

Di Terengganu juga membabitkan dua daerah dan kawasan sekitarnya iaitu Kuala Terengganu (Batu Buruk, Chendering dan Kuala Terengganu) serta Marang (Bukit Payung, Pulau Kerengga dan Rusila), manakala di Sarawak membabitkan daerah Mukah (Pekan Matu).

Sementara itu, di Perak enam daerah dan kawasan sekitar yang dijangka terjejas ialah Hilir Perak (Changkat Jong dan Durian Sebatang), Kerian (Bagan Serai, Kuala Kurau dan Parit Buntar), Larut, Matang dan Selama (Bukit Gantang, Sungai Limau, Pengkalan Aor dan Jebong), Bagan Datuk (Pekan Simpang Empat); Kampar (Kampar) dan Perak Tengah (Bota, Layang-Layang, Pasir Salak dan Pasir Panjang Hulu).

Notis kesiapsiagaan itu dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutama di kawasan berisiko berwaspada dengan kemungkinan berlaku banjir kilat dalam tempoh itu.

Tanah runtuh: Seorang wanita, seorang kanak-kanak lelaki disahkan maut

December 16, 2022

Seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki disahkan meninggal dunia akibat tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik, Father's Organic Farm, di Gohtong Jaya, awal pagi tadi.

Polis mengesahkan kemalangan jiwa itu.

Terdahulu, media melaporkan, tanah runtuh berlaku di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik di Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, di Genting Highlands, awal pagi ini.

Maklumat awal pihak polis, terdapat 100 orang yang berada di tapak perkhemahan itu, yang berkemungkinan menjadi mangsa runtuhan.

Dalam pada itu, bomba melaporkan 37 individu berjaya diselamatkan.

2,019 mangsa banjir di Kelantan

December 16, 2022

Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 2,019 mangsa setakat jam 9 pagi ini berbanding 2,014 petang semalam.

Jumlah itu membabitkan daripada 637 keluarga yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas.

Menurut laman web infobencanajkmv2.jkm.gov.my, mangsa banjir berkenaan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh seramai 712 orang, diikuti SK Gual Periok dengan jumlah 544 orang.

Mereka juga ditempatkan di SK Kubang Kual (256 orang), PPS Putat Tujoh dengan jumlah 157 orang, SK Sri Kiambang (234 orang), Masjid Mukim Padang Licin seramai 69 orang dan SK Kedai Tanjong seramai 47 orang.

Hulu Terengganu terjejas, 61 mangsa dipindahkan

December 16, 2022

Seramai 61 mangsa banjir berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu.

Setakat jam 8 pagi ini, semua mangsa daripada 13 keluarga ditempatkan di dua PPS di daerah Hulu Terengganu.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, 10 keluarga membabitkan 35 mangsa ditempatkan ke PPS Balai Raya Kampung Kemat.

Selain itu, PPS Balai Raya Kampung Tapah pula menempatkan tiga keluarga membabitkan 26 mangsa.

Dua PPS berkenaan dibuka dalam tempoh tidak sampai 12 jam banjir di Terengganu dilaporkan pulih.

Sementara itu, satu sungai di Terengganu masing-masing menunjukkan bacaan melepasi paras bahaya dan amaran manakala tiga lagi mencatatkan bacaan melebihi paras waspada.

Berdasarkan laman web rasmi, Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, Sungai Berang di Kampung Menerong, Hulu Terengganu direkodkan melepasi paras amaran dengan bacaan 24.63 meter (m) berbanding paras normal 20m.

Di Kemaman, Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik pula menunjukkan bacaan 1.97m sekali gus melepasi paras amaran.

Sementara itu, sungai yang merekodkan bacaan melepasi paras waspada adalah Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu (18m) dan Sungai Nerus di Kampung Jeram, Kuala Nerus (2.12m ) Sungai Dungun di Jambatan Jerangau, Dungun yang berada pada paras 10.04m juga melepasi paras waspada.

Kedai runcit, pasar raya patuh harga siling minyak masak botol

December 16, 2022

Jualan minyak masak kemasan botol di kedai runcit dan pasar raya sekitar bandar raya ini didapati mematuhi harga siling ditetapkan kerajaan, sekali gus membantu meringankan beban pengguna yang terpaksa menanggung kos sara hidup tinggi kini.

Hasil tinjauan di beberapa premis berkenaan mendapati minyak masak kemasan botol satu kilogram (kg) dijual pada harga siling RM6.90, manakala botol 2kg pula RM13.30, botol 3kg (RM19.60) dan botol 5kg (RM30.90).

Pengguna, Noriah Ahmad, 45, berkata penjualan minyak masak kemasan botol mengikut harga siling itu sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban belanja dapur.

Pemilik kedai makan, Hasan Abdi, 49, berkata penetapan harga siling itu dapat mengelak menjual minyak masak dijual pada harga tinggi dengan sewenang-wenangnya.

9 PATI ditahan, bayar sehingga RM6,000 kepada sindiket

December 16, 2022

Sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) menuntut bayaran sebanyak RM3,000 dan RM6,000 seorang, selain menjanjikan pekerjaan tetap di negara ini.

Itu modus operandi yang berjaya dibongkar Jabatan Imigresen Johor berikutan penahanan tiga lelaki warga Myanmar dan enam lelaki warga Indonesia di sekitar daerah ini, dalam satu operasi yang berakhir jam 5 pagi ini.

Pengarah Jabatan Imigresen Johor, Baharuddin Tahir, berkata semua PATI yang berusia antara 20-an hingga 40-an itu dibawa masuk secara haram ke negara ini melalui Thailand dan perairan Johor.

Bagaimanapun, katanya, ada di antaranya memasuki Malaysia secara sah tetapi tinggal melebihi tempoh dibenarkan.

Baharuddin berkata, tangkapan dilakukan berdasarkan maklumat awam dan risikan selama tiga hari di lokasi dan semua PATI ditahan 14 hari dari tarikh tangkap selaras Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63.

Beliau berkata, semua PATI berkenaan kini ditahan di Depot Imigresen Setia Tropika.

Remaja hilang dalam hutan

December 16, 2022

Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dilaporkan hilang di Kampung Temalir, kira-kira jam 4.45 petang kelmarin, selepas dipercayai melarikan diri ke dalam hutan.

Difahamkan, abang mangsa memaklumkan adiknya, Norhisham Saifudin melarikan diri ke dalam hutan di belakang rumah dan gagal dikesan.

Dalam pada itu, sejak semalam penduduk kampung berusaha mencari mangsa, namun tidak juga ditemui menyebabkan ahli keluarga membuat laporan kepada pihak polis, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba (PPgB), Nik Ahmad Afsham Nik Pa, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 6.17 petang semalam.

Mangsa banjir di Kota Tinggi mula menurun

December 16, 2022

Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini, mula berkurangan setakat jam 8 pagi tadi.

Sebanyak 84 mangsa membabitkan 25 keluarga dicatatkan, berbanding 88 mangsa daripada 27 keluarga pada jam 12 tengah malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam satu kenyataan, berkata jumlah mangsa banjir yang berkurangan adalah mereka yang sebelum itu ditempatkan di PPS Dewan Muafakat Bandar Penawar.

Katanya, PPS di Dewan Kampung Baru Sungai Mas pula masih kekal menempatkan 26 mangsa terdiri daripada tujuh keluarga dari Kampung Baru Sungai Mas.

Sementara itu, sehingga jam 4.50 pagi tadi, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di tiga daerah di Johor termasuk Kota Tinggi dan dijangka berterusan sehingga jam 9 pagi ini.

Cuaca di Kota Tinggi dilaporkan mendung sejak tengah malam tadi dan cerah pada jam 4 pagi, sebelum kembali hujan pada jam 8 pagi tadi.

Remaja lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika disyaki curi wayar

December 14, 2022

Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun ditemukan maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika dipercayai mencuri wayar di tapak pencawang telekomunikasi Kampung Senangeh di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Brodie Brangka, berkata Balai Polis Asajaya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan seorang individu lelaki di tapak pencawang telekomunikasi itu.

Berikutan itu, katanya, sepasukan polis dari Balai Polis Asajaya digerakkan ke lokasi kejadian.

Brodie berkata, semakan mendapati mangsa adalah seorang warga tempatan dan mempunyai lima rekod jenayah lampau bersabit kes pecah rumah, curi serta dadah.

Banjir Terengganu pulih

December 14, 2022

Banjir yang melanda Terengganu sejak Jumaat lalu pulih sepenuhnya dan semua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup, hari ini.

Semua mangsa banjir dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing, hari ini berikutan keadaan cuaca yang cerah dan air sudah surut.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), PPS di Kuala Terengganu dan Besut menjadi PPS yang terakhir ditutup hari ini.

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol, Kuala Terengganu, yang menempatkan 52 mangsa dan Balai Raya Kampung Pantai, Besut (12 mangsa), ditutup jam 12 tengah hari tadi.

Bagaimanapun, Sekretariat JPBN sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Sebelum ini, hujan berterusan di Terengganu menyebabkan enam daerah terjejas iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Kemaman, Dungun, Besut dan Setiu, menyebabkan lebih 600 mangsa dipindahkan ke PPS.

LRT laluan Kelana Jaya alami gangguan sistem brek

December 14, 2022

Perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) bagi laluan Kelana Jaya, sekali lagi mengalami gangguan sistem brek, hari ini menyebabkan kekerapan semasa tren, bertambah tengah hari ini.

Rapid KL menerusi laman Facebook rasminya menyebut, jangkaan kekerapan tren meningkat kepada 10 minit di beberapa stesen di antara Kelana Jaya ke Lembah Subang.

Penduduk di sekitar Sungai Belat, Sungai Kuantan dinasihat waspada kehadiran buaya

December 14, 2022

Penduduk di sekitar Sungai Belat dan Sungai Kuantan di sini, dinasihatkan sentiasa berwaspada dan tidak mengambil tindakan sendiri jika terlihat buaya pada musim tengkujuh ini.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang, Rozaidan Md Yasin, berkata kejadian air pasang dan banjir yang menyebabkan air sungai melimpah, membolehkan reptilia itu keluar daripada habitat asalnya.

Beliau berkata, kejadian limpahan Sungai Air Hitam iaitu anak Sungai Belat dipercayai punca seekor buaya dikesan berada atas jalan di Kampung Air Hitam berhampiran Sri Damai di sini pada Isnin lalu dan gambar reptilia itu ditularkan di media sosial, kelmarin.

Rozaidan berkata, selain Sri Damai dan Air Hitam, penduduk kawasan Inderapura, Sungai Isap, Kampung Belukar, Kampung Kurnia dan kawasan berhampiran tali air Kampung Razali serta Kampung Jawa juga perlu berwaspada.

Beliau berkata, penduduk dinasihat mengelak daripada melakukan aktiviti berhampiran sungai dan memastikan terdapat jarak sesuai untuk memberikan masa dan peluang menyelamatkan diri jika terserempak dengan buaya.

Rozaidan berkata, penduduk juga perlu menggunakan lampu suluh ketika berada berhampiran air pada waktu malam, bagi memudahkan mereka mengesan kehadiran reptilia itu yang matanya akan berkilau apabila disuluh.

Kota Tinggi mula dinaiki bah, 4 sekeluarga diselamatkan

December 14, 2022

Empat sekeluarga yang terperangkap apabila rumah mereka di Kampung Muhibbah, Tanjung Serindit, dinaiki air bah, awal pagi, berjaya diselamatkan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sebana Cove, Noor Ikhson Syukor, berkata dalam kejadian kira-kira jam 7.47 pagi tadi itu, hujan lebat sejak awal pagi tadi menyebabkan kawasan kampung dinaiki air sedalam lebih 0.5 meter.

Katanya, sepasukan lapan anggota bomba bersama satu jentera, satu pacuan empat roda dan satu bot fiber dikejarkan ke lokasi kejadian selepas panggilan kecemasam diterima.

Noor Ikhson berkata, operasi ditamatkan jam 8.45 pagi tadi selepas semua empat mangsa berjaya dipindahkan dengan selamat.

Hujan lebat awal pagi itu menyebabkan beberapa kawasan di Kota Tinggi mulai dinaiki air bah awal pagi ini.

Ia termasuk kawasan Tanjung Balau di Desaru dan Sungai Mas dengan dijangka pusat pemindahan sementara (PPS) akan mula dibuka di daerah itu menjelang tengah hari ini.

Hujan lebat masih turun di Kota Tinggi dengan ramalan cuaca meramalkan ia akan turun sehingga petang ini.

Hujan, ribut petir dijangka berlaku tiga hari, mulai hari ini

December 14, 2022

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir akan melanda kebanyakan tempat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, selama tiga hari bermula hari ini hingga Jumaat.

MetMalaysia dalam kenyataannya, memaklumkan pagi ini hujan berlaku di beberapa tempat di Pahang, Terengganu, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Sabah (Tawau dan Sandakan) manakala cuaca mendung di Kuala Lumpur.

Pada sebelah petang dan malam, amaran sama dikeluarkan bagi negeri Terengganu, Johor dan Sabah

(Pedalaman) serta satu dua tempat di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak (Sri Aman, Kapit dan Miri) dan Sabah (Tawau dan Kudat).

Sementara, ribut petir turut diramal akan membadai beberapa tempat di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan manakala satu dua tempat di Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Selangor dan Melaka.

2,014 mangsa banjir di Kelantan

December 19, 2022

Mangsa banjir di Kelantan menurun sedikit kepada 2,014 mangsa setakat jam 9 pagi ini berbanding 2,018 orang malam tadi.

Jumlah itu membabitkan daripada 634 keluarga yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas.

Menurut laman web infobencanajkmv2.jkm.gov.my, mangsa banjir berkenaan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh seramai 712 orang, diikuti SK Gual Periok dengan jumlah 544 orang.

Mereka juga ditempatkan di SK Kubang Kual (251 orang), PPS Putat Tujoh dengan jumlah 157 orang, SK Sri Kiambang (234 orang), Masjid Mukim Padang Licin seramai 69 orang dan SK Kedai Tanjong seramai 47 orang.

Sementara itu, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang sedikit menurun berbanding semalam, namun masih melebihi paras bahaya dengan bacaan 9.26 meter (m).

Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat pula sedikit meningkat dan melepasi paras amaran iaitu 2.16m.

Jumlah mangsa banjir di Perak kekal

December 14, 2022

Bilangan mangsa banjir di Perak kekal sama jam 8 pagi ini apabila seramai 147 orang daripada 39 keluarga direkodkan di empat daerah iaitu Hilir Perak, Manjung, Muallim dan Perak Tengah.

Jumlah itu tidak berubah berbanding jam 12 tengah malam tadi apabila turut mencatatkan seramai 147 mangsa daripada 39 keluarga melibatkan empat daerah.

Berdasarkan laporan harian Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Perak, Hilir Perak menjadi daerah paling teruk terjejas apabila merekodkan jumlah mangsa seramai 93 orang daripada 24 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib.

Di daerah Manjung, 28 mangsa daripada tujuh mangsa ditempatkan di Sekolah Agama Rakyat Padang Serai.

Ini diikuti daerah Muallim, PPS dibuka di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Slim River yang menempatkan sejumlah 15 mangsa daripada lima keluarga.

Di daerah Perak Tengah pula, 11 mangsa daripada tiga keluarga ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Tersusun Teluk Memali.

Bekas imam dikhuatiri lemas ketika menjala ikan

December 13, 2022

Seorang bekas imam Masjid Kampung Tok Ku, di Setiudikhuatiri lemas di dalam tali air ketika menjala ikan di Kampung Fikri, Setiu, malam tadi.

Mangsa, Zakaria Mat Nong, 72, dari Kampung Beris Tok Ku dipercayai menjala ikan seorang diri sebelum tergelincir jatuh ke dalam tali air dan hilang kira-kira jam 7 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Husin. berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.30 malam tadi sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke tempat kejadian.

Menurut beliau, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan seramai 38 anggota pelbagai agensi membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), RELA, Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung.

Beliau berkata, proses pencarian terpaksa dihentikan sementara apabila air berpusar dan keadaan arus kuat menghalang skuad skuba melakukan selaman.

Menurutnya, usaha mencari dan menyelamat mangsa akan di teruskan dengan menunggu paras air surut bagi membolehkan skuad skuba melakukan selaman.

Bomba lakukan enam selaman cari kanak-kanak jatuh tali air

December 13, 2022

Anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia melakukan enam kali selaman semasa Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) kanak-kanak berusia tiga tahun yang dikhuatiri lemas di tali air Kampung Kebor Besar, Manir, Kuala Terengganu, semalam.

Komander Operasi Bomba Terengganu, Mohd Mazimi Mohamad, berkata Pasukan Penyelamat Di Air melakukan selaman pertama sejurus tiba selepas menerima maklumat daripada keluarga mangsa jam 4.28 petang semalam.

Mohd Mazimi berkata, pencarian di permukaan air diteruskan dari masa ke masa membabitkan petugas APM, Rela dan sukarelawan seramai 67 orang.

Dalam kejadian jam 4 petang semalam, mangsa, Muhammad Sufi Eijas Mohd Sobre, 3, dikhuatiri lemas ketika melihat air banjir di tali air berkenaan bersama bapa Mohd Sobre Ramli, 33, abangnya, Muhammad Shakir Wafiudin, 8, dan Muhammad Shafiq Arshad, 1, kira-kira jam 4 petang semalam.

Mangsa bersama abangnya dikatakan bermain di atas jambatan kira-kira 10 meter dari tempat bapanya berada bersama adik bongsunya.

Mangsa banjir di Pahang meningkat

December 13, 2022

Bilangan mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini meningkat kepada 449 orang daripada 134 keluarga setakat jam 8 pagi hari ini berbanding 444 mangsa daripada 128 keluarga semalam.

Kesemua mangsa kini ditempatkan di empat PPS di tiga daerah dengan Pekan menjadi daerah terbaru dilanda banjir.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, berkata Pekan menjadi daerah terbaru dilanda banjir apabila 68 mangsa daripada 16 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sinar Mutiara.

Sementara itu tiga daerah iaitu Jerantut, Raub dan Lipis masing-masing menutup PPS selepas mangsa pulang ke rumah mereka bermula 2 petang semalam.

309 mangsa banjir di Perak, 3 daerah terjejas

December 13, 2022

Bilangan mangsa banjir di Perak meningkat setakat jam 8 pagi ini apabila mencatatkan 309 mangsa daripada 75 keluarga membabitkan tiga daerah.

Berdasarkan laporan harian Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Perak, berlaku pertambahan jumlah mangsa berbanding jam 12 tengah malam tadi apabila merekodkan 175 orang daripada 43 keluarga.

Daerah Mualim paling teruk terjejas apabila seramai 148 mangsa daripada 37 keluarga terpaksa dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) dengan 134 mangsa daripada 32 keluarga ditempatkan di Taska KEMAS manakala 14 mangsa daripada lima keluarga lagi ditempatkan di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Slim River.

Ini diikuti Hilir Perak yang mencatatkan 134 mangsa daripada 31 keluarga. Kesemua mangsa ditempatkan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib.

Di Manjung, PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai dibuka semula bagi membolehkan 28 mangsa daripada tujuh keluarga yang terjejas banjir berlindung.

199 mangsa banjir di 6 daerah Terengganu

December 19, 2022

Mangsa banjir di Terengganu mencatatkan penurunan apabila hanya 199 orang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS).

Setakat jam 8 pagi ini, semua mangsa daripada 53 keluarga berada di enam PPS di Kuala Terengganu, Setiu, Kuala Nerus, Kemaman, Dungun dan Besut.

Berdasarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, dua PPS masih dibuka Kuala Terengganu membabitkan 84 mangsa daripada 26 keluarga.

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol menempatkan 77 mangsa membabitkan 23 keluarga manakala PPS SK Chendering terdapat tujuh mangsa daripada tiga keluarga.

Di Kuala Nerus semua mangsa di PPS SK Tok Jembal sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas cuaca baik semalam.

Setakat ini hanya PPS SK Bukit Nanas masih menempatkan 54 mangsa daripada 12 keluarga.

Di Kemaman hanya satu PPS dibuka di Balairaya Padang Kemunting dengan 23 mangsa daripada empat keluarga.

Dungun merekodkan satu PPS dibuka di SK Tok Kah membabitkan 24 mangsa daripada tujuh keluarga.

Dua lagi daerah masing-masing satu PPS masih dibuka iaitu Besut di Balairaya Kampung Pantai menempatkan 12 mangsa daripada tiga keluarga, manakala Setiu di Surau Kamoung Nyatoh menempatkan dua mangsa daripada satu keluarga.

Mangsa banjir Kelantan terus meningkat

December 13, 2022

Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,943 mangsa daripada 606 keluarga sehingga jam 9 pagi ini.

Laman web infobencanajkmv2.jkm.gov.my melaporkan, kesemua mangsa itu ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas.

Mereka ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh seramai 704 orang, diikuti SK Gual Periok yang turut meningkat kepada 532 orang.

Selain itu, mereka juga ditempatkan di SK Kubang Kual (212 orang), PPS Putat Tujoh dengan jumlah 157 orang, SK Sri Kiambang (231 orang) dan Masjid Mukim Padang Licin seramai 68 orang serta SK Kedai Tanjong

Sementara itu, Sungai Golok di Rantau Panjang masih melebihi paras bahaya dengan bacaan 9.41 meter (m) berbanding paras normal lima meter.

Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat pula di melepasi paras amaran iaitu 2.19m berbanding paras normal 0.70m.

Orang Asli rayu aktiviti di Tanah Tinggi Lojing dihentikan sementara

December 13, 2022

Lebih 3,000 masyarakat Orang Asli di Tanah Tinggi Lojing di sini merayu supaya aktiviti pertanian dan penerokaan tanah di kawasan berkenaan dihentikan seketika sehingga musim tengkujuh berakhir.

Mereka kini hidup dalam keadaan berjaga-jaga setiap kali menjelang monsun timur laut, lebih-lebih lagi kerana masih trauma dengan kejadian banjir lumpur ekoran tanah runtuh di Kilometer 92, Jalan Gua Musang-Lojing, awal tahun lalu.

Seorang penduduk Jeksen Syarif, 53, berkata mereka sentiasa hidup dalam kebimbangan setiap kali musim tengkujuh, terutamanya penduduk yang tinggal di kawasan tanah pertanian.

Ketua Penghulu Orang Asli Kelantan Bidi Ronggeng berkata penduduk di kawasan tersebut terdedah dengan risiko kejadian bencana alam seperti tanah runtuh, hakisan bukit dan banjir lumpur setiap kali tiba musim hujan berpanjangan.

Beliau berharap pemantauan dijalankan oleh pihak berwajib, berkenaan aktiviti yang berisiko mendatangkan ancaman kejadian bencana di tempat tinggal mereka.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Mohd Syahbuddin Hashim, turut memberi perhatian terhadap kegusaran masyarakat Orang Asli suku kaum Temiar berkenaan dan berharap pemantauan pihak berkuasa khususnya Jabatan Alam Sekitar dilaksanakan sewajarnya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Semalam, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) telah mengeluarkan amaran potensi berlakunya tanah runtuh di beberapa kawasan tumpuan di empat negeri termasuklah di Lojing.

2,530 mangsa ditempatkan di PPS lima negeri

December 13, 2022

Seramai 2,530 mangsa banjir daripada 749 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri setakat malam tadi.

Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), memaklumkan negeri yang terbabit dengan banjir merangkumi Pahang, Perak, Terengganu, Kelantan dan Johor.

Di Pahang, 11 PPS dibuka yang menempatkan 573 mangsa daripada 171 keluarga, manakala di Perak 134 mangsa daripada 31 keluarga di satu PPS.

Di Terengganu, 11 PPS dibuka menempatkan 639 mangsa daripada 162 keluarga, manakala lima PPS dibuka di Kelantan yang menempatkan 1,157 mangsa daripada 376 keluarga dan satu PPS dibuka di Johor menempatkan 27 mangsa daripada sembilan keluarga.

Sementara itu laman web rasmi Public Infobanjir memaklumkan, tiga sungai masing-masing dua di Pahang dan satu di Negeri Sembilan melepasi paras bahaya.

Sungai berkenaan adalah Sungai Triang, di Triang, Bera dan Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran, dengan masing-masing merekodkan paras 34.58 meter (m) dan 19.22m, manakala di Negeri Sembilan membabitkan Sungai Muar di Kampung Berembang, Kuala Pilah yang kini merekodkan 63.3m.

Lima rumah musnah terbakar

December 13, 2022

Seramai 33 penghuni lima rumah di Kampung Pulo Ulu, Petra Jaya, di sini, tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.

Turut musnah dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu sebuah kereta serta empat motosikal milik penghuni.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.46 pagi.

Beliau berkata, seramai 29 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya, BBP Tabuan Jaya dan BBP Kuching diarah ke lokasi sejurus menerima panggilan itu.

Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 2.18 pagi dan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Dua sungai di Pahang lepasi paras bahaya

December 13, 2022

Dua sungai di Pahang, masing-masing di Bera dan Maran merekodkan bacaan air sungai melepasi paras bahaya setakat jam 8 pagi, hari ini.

Menerusi laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Triang yang merekodkan bacaan 34.58 meter (m) berbanding 34.50m manakala Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran merekodkan bacaan 19.22m berbanding 19m yang ditetapkan bagi paras bahaya.

Empat sungai pula melepasi paras amaran iaitu Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera; Bera dan Sungai Jempol di Rancangan Felda Jengka, Maran.

Selain itu, Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran dan Sungai Belat di Sri Damai, di sini, manakala, lima sungai melepasi paras waspada iaitu Sungai Jelai di Kuala Medang, Lipis dan Sungai Tanum di Jambatan Chegar Perah, Lipis.

Sungai Semantan di Jambatan Keretapi Mentakab, Temerloh, Sungai Kundang di Jambatan Sungai Kundang, Maran dan Sungai Lepar di Jambatan Gelugor, di sini.

Mangsa banjir di Kelantan meningkat 1,157 orang

December 13, 2022

Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,157 orang setakat jam 8 pagi ini.

Menurut laman web infobencanajkmv2.jkm.gov.my kesemua mereka membabitkan 376 keluarga ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Pasir Mas.

Kesemua mangsa masing-masing berada di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh seramai 590 orang, SK Gual Periok (323 orang), SK Kubang Kual (115 orang), PPS Putat Tujoh dengan jumlah 83 orang dan Masjid Mukim Padang Licin seramai 46 orang.

Mereka membabitkan 402 lelaki dewasa, 374 wanita dewasa, 356 kanak-kanak lelaki dan perempuan serta 25 bayi.

659 mangsa banjir di Terengganu

December 13, 2022

Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 659 orang daripada 168 keluarga pagi ini.

Setakat jam 8 pagi, kesemua mereka ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah di seluruh Terengganu.

Ia menunjukkan peningkatan berbanding hanya 617 orang daripada 157 keluarga malam tadi.

Berdasarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, jumlah mangsa di Kemaman kini direkodkan seramai 305 mangsa daripada 74 keluarga.

Mereka kini berada di empat PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kemasik, Dewan AbdRahman Limbong, SK Kampung Baru Kerteh dan Balai Raya Padang Kemunting.

Jumlah mangsa di Kuala Nerus menunjukkan sedikit penurunan dengan 216 mangsa berada di dua PPS berbanding 220 mangsa malam tadi.

Dua PPS di Kuala Terengganu masih dibuka bagi menempatkan 92 mangsa daripada 27 keluarga.

Jumlah mangsa banjir di Dungun direkodkan seramai 42 orang membabitkan 12 keluarga yang ditempatkan di PPS SK Tok Kah dan Dewan Sivik Seberang Pintasan.

Di Setiu, jumlah mangsa banjir kekal seramai empat orang daripada sebuah keluarga yang dipindahkan ke PPS Balai Raya Kampung Merang.

Polis rampas 96.2kg dadah nilai RM3.45 juta

December 9, 2022

Taktik seorang lelaki warga tempatan cuba mengedar dadah dalam bungkusan teh herba terbongkar susulan serbuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sebuah rumah di Jalan Medan Ipoh dekat sisi, kelmarin.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata suspek berusia 37 tahun yang juga bookie judi itu ditangkap sebelum serbuan ke atas rumah sewanya dilakukan.

Beliau berkata, pemeriksaan di rumah sewa terbabit membawa kepada penemuan 95 bungkusan plastik berisi bahan dipercayai dadah jenis Methamphetamine.

Beliau turut berkata, polis masih menyiasat kemungkinan suspek terbabit dalam sindiket.

Menurut beliau, lelaki itu direman tujuh hari sehingga 11 Disember ini manakala kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pelajar maut kemalangan dengan treler

December 9, 2022

Seorang pelajar sekolah berusia 16 tahun, maut selepas motosikal yang ditungganginya dilanggar treler di simpang tiga kawasan perindustrian Bukit Kayu Hitam, Kedah, semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan, berkata Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu menerima maklumat berhubung kemalangan itu pada jam 2.20 petang semalam.

Beliau berkata, kemalangan itu membabitkan treler dan motosikal Y15Z, yang ditunggangi pelajar lelaki berkenaan.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati, kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu treler ketika memasuki simpang.

Beliau turut berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan 1987 dan kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu ditahan untuk pemeriksaan Puspakom Sdn Bhd (Puspakom).

Seludup daging haiwan eksotik guna kapal nelayan

December 9, 2022

Nelayan asing yang berlabuh di pelabuhan perikanan di negara ini dikesan mengambil kesempatan mendapatkan daging haiwan eksotik untuk diseludup ke negara asal mereka.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Ribuan Abdullah, berkata kes pertama menggunakan taktik itu dikesan di Kelantan, tahun lalu.

Katanya, ketika berlabuh di negara ini, nelayan asing terbabit yang datang dari rantau Indochina mengambil kesempatan mencari daging haiwan eksotik seperti musang.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain dan Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim.

Beliau berkata, tahun ini, sebanyak 23 kertas siasatan dibuka membabitkan pelbagai kesalahan mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesis Terancam 2008 dengan nilai rampasan sebanyak RM73.4 juta.

Beliau turut berkata, dalam Operasi Bersepadu Khazanah 2022, JKDM mengesan peningkatan kemasukan hidupan liar terancam dari luar negara ke Malaysia serta pergerakan antara wilayah di Malaysia (dari dan ke Sabah, Sarawak, Semenanjung) menerusi kargo, bungkusan dan penumpang penerbangan.

Sementara itu, Razarudin, seramai 16 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengisi perjawatan Biro Jenayah Hidupan Liar (WCB) di Bukit Aman.

Empat sungai di Terengganu melepasi paras bahaya

December 9, 2022

Empat sungai di Terengganu melepasi paras bahaya manakala satu lagi melebihi paras amaran dan dua merekodkan bacaan melepasi paras waspada.

Kenaikan paras air sungai itu berlaku disebabkan hujan lebat berserta angin yang berterusan sejak malam tadi hingga pagi ini.

Berdasarkan laman web rasmi Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, empat sungai yang melepasi paras bahaya adalah Sungai Nerus di Kampung Langkap, Sungai Chalok di Jambatan Chalok, di daerah Setiu.

Dua lagi sungai yang melepasi paras bahaya adalah Sungai Tersat di Kampung Sekayu dan Sungai Telemong di Kampung Kuala Ping di Hulu Terengganu.

Sehingga jam 7.45 pagi ini, paras air di Sungai Nerus dan Sungai Chalok di Jambatan Chalok di Setiu masing-masing merekodkan 21.29 meter (m) dan 9.02m iaitu melepasi paras bahaya 21m dan 8.40m.

Sungai Tersat di Kampung Sekayu dan Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu, masing-masing mencatatkan 20.05m dan 20.76m melebihi paras bahaya iaitu 20m dan 19.70m.

Sungai Nerus di Kampung Bukit, di daerah Setiu pula merekodkan bacaan melebihi paras amaran iaitu 12.17m melebihi paras amaran 12m.

Dua lagi sungai melebihi paras waspada adalah Sungai Besut di Jambatan Keruak dan di Kampung yang masing-masing mencatatkan 30.70m serta 20.36m.

Laman web itu turut memaklumkan, 19 lagi sungai merekodkan bacaan melebihi paras waspada.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat beterusan dijangka berlaku di seluruh Terengganu.

Ditembak guna dua pucuk pistol, lelaki cedera pada lengan dan leher

December 8, 2022

Seorang lelaki cedera pada lengan kanan dan leher selepas dipercayai ditembak oleh seorang suspek yang menggunakan dua pucuk pistol di Taman Wangi di sini, pagi tadi.

Kejadian dikatakan berpunca daripada tindakan isteri mangsa yang disyaki menipu wang skim pelaburan sehingga menyebabkan ada pihak tidak berpuas hati.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, berkata siasatan mendapati, kejadian berlaku kira-kira jam 7.10 pagi di hadapan rumah mangsa di Taman Wangi.

Hoong Fong berkata, siasatan mendapati suspek seorang lelaki disyaki tempatan menaiki sebuah motosikal warna gelap dan memakai topi keledar berpelitup muka gelap semasa kejadian itu.

Beliau berkata, Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Klang Selatan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan cubaan membunuh.

Kerajaan disaran terus gubal dasar bantu golongan B40

December 8, 2022

Kerajaan disaran untuk terus menggubal dasar yang dapat membantu mengurangkan harga barangan bagi meringankan beban rakyat daripada kelompok berpendapatan rendah (B40) yang kini berdepan isu kos sara hidup.

Presiden Persatuan Pergerakan Pengguna Malaysia, Darshan Singh turut menggesa kerajaan agar memastikan stok bekalan barang keperluan rakyat di negara ini mencukupi bagi menampung permintaan pengguna.

Berpendapat keluhan mengenai kos sara hidup akan sentiasa wujud, Darshan berkata, adalah menjadi keutamaan kepada kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil langkah segera dalam menangani isu tersebut.

Pengarah Sekretariat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Atan Sapian, pula berkata, kejayaan kerajaan mengawal kadar inflasi negara turut didorong oleh inisiatif pemberian subsidi bantuan kepada rakyat.

Justeru, beliau percaya kerajaan pimpinan Anwar akan meneruskan dasar baik oleh kerajaan terdahulu yang memberikan manfaat kepada rakyat dan juga negara.

Cubaan seludup lima PATI gagal, kenderaan terbabas

December 8, 2022

Tindakan seorang buruh kimpal cuba menyeludup lima pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar dengan menggunakan kenderaan Perodua Myvi gagal apabila terbabas di Kilometer (km) 5 Gua Musang-Kuala Lipis, semalam.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, pemandu Perodua Myvi iaitu lelaki berusia 31 tahun berjaya ditahan bersama tiga lelaki dan dua wanita warganegara Myanmar berusia 16 hingga 42 tahun selepas cuba melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata suspek dipercayai mengambil PATI dari Rantau Panjang untuk dihantar ke Bentong, Pahang.

Mengulas lanjut mengenai kejadian yang berlaku, beliau berkata, sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang sebelum itu menjalankan pemeriksaan 'snap check' di Jalan Gua Musang-Mentara Lama, Gua Musang.

Katanya, curiga dengan tindakan suspek yang membuat pusingan U dalam keadaan merbahaya, anggota unit kereta peronda (MPV) mengekori kenderaan suspek dengan membunyikan siren.

Beliau berkata, tiada sebarang kecederaan dilaporkan ke atas anggota unit MPV KN 474 yang terbabit.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Sungai Triang lepasi paras amaran

December 8, 2022

Paras air Sungai Triang di Triang, Bera melepasi paras amaran setakat jam 8 pagi, hari ini.

Maklumat dalam laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan, paras air Sungai Triang merekodkan bacaan 34.10 meter (m) berbanding 33.80m.

Tiga sungai lain pula melepasi paras waspada iaitu di Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera dan Sungai Lipis di Batu Malim, Raub.

Dua sungai lain, masing-masing di Temerloh ialah Sungai Semantan di Kampung Mempateh dan Sungai Semantan di Jambatan Keretapi Mentakab.

Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman, berkata penduduk yang tinggal di kawasan rendah terutama berhampiran sungai dinasihati peka dengan keadaan cuaca.

Tumpas 30 minit selepas samun kedai emas guna pistol mainan

December 7, 2022

Seorang lelaki melalui nasib malang apabila ditahan polis kurang setengah jam selepas melakukan samun di sebuah kedai emas di Jalan Sultan Iskandar, di sini, menggunakan pistol mainan.

Suspek, 32, ditahan dua anggota dari Balai Polis Pasir Puteh yang bertindak atas arahan bilik bilik kawalan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di Jalan Dato' Onn Jaafar, di sini, dengan dibantu pasukan sokongan Balai Polis Pekan Bharu.

Ketika ditahan, suspek cuba melarikan diri sambil dikejar orang awam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, mengesahkan tangkapan itu selepas suspek cuba menyamun kedai emas terbabit kira-kira jam 2 petang.

Mengulas lanjut, katanya ketika memasuki premis suspek menyatakan hasrat ingin membeli rantai emas, namun ketika melihat barangan yang ditunjukkan pekerja, lelaki terbabit terus mengambil rantai berkenaan sambil mengacukan 'pistol' dan terus melarikan diri.

Beliau mengakui kejayaan menyelesaikan kes samun itu dalam tempoh kira-kira 30 minit adalah hasil kerjasama orang awam yang prihatin dan kepantasan tindak balas polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan dan suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini untuk permohonan reman.

Banjir di Kampung Lakai, 32 mangsa berpindah ke balai raya

December 7, 2022

Hujan lebat melanda sekitar daerah ini sejak petang semalam menyebabkan Kampung Lakai di sini, digenangi banjir dengan air dilapor naik sehingga paras satu meter.

Keadaan itu menyebabkan 32 mangsa membabitkan enam keluarga terpaksa berpindah ke lokasi selamat selepas kediaman masing-masing dinaiki air kira-kira jam 4 pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pertang, Azmi Wahab, berkata berdasarkan maklumat awal pihaknya, seramai 17 penduduk termasuk dua kanak-kanak dan seorang bayi perempuan berusia 15 bulan terpaksa berpindah ke lokasi selamat awal pagi tadi.

Katanya, daripada jumlah itu seramai 15 mangsa dipindahkan ke balai raya di kampung berkenaan, manakala dua lagi berpindah ke rumah saudara terdekat.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Lakai, Mohd Adlan Jasin, mengesahkan ketika ini enam keluarga membabitkan 32 mangsa ditempatkan di balai raya kampung berkenaan.

Katanya jumlah sebenar mangsa sedang dikenal pasti dan tindakan sedang dilakukan bagi memastikan semua mangsa diberi perhatian sewajarnya.

Sungai Dong di Raub lepasi paras bahaya

December 7, 2022

Sungai Dong di Kampung Peruas, Raub melepasi paras bahaya setakat jam 8 pagi, hari ini.

Maklumat daripada laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan, paras Sungai Dong mencatat bacaan 135.53 meter (m) berbanding 135m yang ditetapkan.

Manakala, dua sungai iaitu di Sungai Lipis di Batu Malim, Raub dan Sungai Lipis di Jambatan Padang Gudang, Bera pula melepasi paras waspada.

Sungai Lipis merekodkan 114.10m berbanding 114m, manakala Sungai Lipis pula merekodkan bacaan 30.23m berbanding 29.70m.

Info Bencana Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) pula memaklumkan setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang dibuka.

Rondaan, dron tangani kegiatan ceroboh hutan simpan

December 7, 2022

Jabatan Perhutanan Pahang (JPNP) melakukan 3,647 aktiviti rondaan bagi menyekat pencerobohan hutan simpan di Pahang dalam tempoh 10 bulan lalu.

Turut diadakan lima operasi bersepadu dengan kerjasama agensi penguat kuasa lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (Unified).

Pengarah JPNP, Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin, berkata aktiviti menceroboh hutan simpan bukan hanya membabitkan aktiviti pengambilan balak, rotan dan buluh, malah turut membabitkan kegiatan melombong galian seperti emas secara haram.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2021 dan Anugerah Khas Pengarah (AKP), di sini kelmarin.

Beliau turut berkata pihaknya mengesan 33 kes kesalahan hutan dan 42 kes dalam siasatan dan satu kes dalam tindakan mahkamah.

Menurutnya, kompaun yang dikenakan pada individu dan syarikat yang melakukan pelbagai kesalahan kira-kira RM635,000 dan ganti rugi yang diterima lebih RM3.1juta.

Beliau berkata, kerjasama masyarakat setempat yang kini semakin mengambil berat terhadap alam sekitar dan sayangkan hutan, mendorong mereka tampil memberi maklumat kegiatan pencerobohan hutan simpan dan tanah kerajaan di negeri.

Mekanik maut dihempap 4WD sedang diuji

December 19, 2022

Seorang mekanik maut selepas dihempap pacuan empat roda (4WD) dipandunya yang terbabas di Jalan Ladang Chiku 02, Gua Musang, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang ketika mangsa, Noor Asmawi Bin Mat, 37, dikatakan sedang menguji kenderaan jenis Toyota Hilux yang sedang dibaikinya itu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, mengesahkan kejadian itu dengan mangsa disahkan maut di tempat kejadian selepas tersepit dan cedera parah pada kepala.

Mengulas lanjut, katanya, kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas semasa menuruni bukit sebelum terbalik ke arah kanan dan menghempapnya.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dua maut nahas 4 kenderaan

December 6, 2022

Dua lelaki maut selepas kereta Perodua Kenari dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan tiga lagi kenderaan di Jalan Bau-Lundu, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata wanita yang memandu kereta terbabit pula parah.

Beliau berkata, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu diarah ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.56 pagi.

Menurutnya, identiti dua mangsa yang maut serta yang cedera bagaimanapun masih belum diperolehi.

Menurutnya lagi, tiga lagi mangsa, semuanya iaitu memandu Proton Saga, pemandu Perodua MyVi dan pandu lori treler tidak mengalami sebarang kecederaan.

Gaduh bersenjata depan kilang, 2 ditahan

December 6, 2022

Polis mengesahkan pergaduhan dua kumpulan di hadapan sebuah kilang makanan laut di Sepanggar, di sini, hingga tular di media sosial, sejak semalam tidak membabitkan unsur kongsi gelap.

Sebaliknya, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, berkata ia berpunca daripada rasa tidak puas hati bekas pekerja kepada majikan, rakan kongsi yang gagal menjelaskan baki gaji tertunggak.

Katanya, siasatan mendapati pergaduhan itu berlaku pada 1 Disember lalu yang mana empat lelaki menghalang laluan keluar masuk kilang dengan menggunakan sebuah kereta Perodua Bezza bertujuan hendak menemui pengusaha kilang berkenaan yang dikatakan gagal menjelaskan gaji sebanyak RM10,000 kepada seorang lelaki terbabit.

Katanya, seorang lelaki juga mengambil sebilah parang dan cuba menyerang pengusaha kilang dan rakannya namun diredakan oleh ketua kumpulan lelaki berkenaan.

Rakaman video berdurasi satu minit 30 saat itu memaparkan seorang lelaki menghayunkan rantai besi ke arah seorang lagi lelaki dan mengenai bahagian kepala dan berdarah.

Lelaki itu kemudian menuju ke keretanya dan mengeluarkan parang sebelum ditenangkan oleh lelaki lain yang turut berada di lokasi berkenaan.

Pemandu wanita ditahan selepas dikejar polis sejauh 65km

December 6, 2022

Polis mengejar kenderaan dipandu wanita sejauh 65 kilometer dan berjaya menahan suspek selepas kenderaan dipandunya mengalami kerosakan pada enjin dan tayar setiba di Kilometer (KM) 29, Lebuhraya Ipoh-Lumut (arah Lumut), semalam.

Suspek berumur 39 tahun yang memandu kenderaan pelbagai guna Toyota Innova berwarna putih itu dikejar selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan di sekitar kawasan pekan Batu Gajah.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif, berkata sepasukan tiga anggotanya yang menjalankan tugas rondaan cegah jenayah kira-kira jam 2.50 pagi cuba menahan kenderaan suspek, namun pemandunya enggan memberikan kerjasama.

Beliau berkata, wanita itu kemudian memecut kenderaannya dengan memandu secara melulu dan berbahaya menghala ke Jalan Gopeng, Jalan Ipoh-Kampar, Jalan Malim Nawar, sebelum berhenti di lokasi jalan mati di Malim Nawar.

Pada masa sama, katanya, bantuan mengejar dan mengekori kenderaan suspek turut diberikan oleh masing-masing dua kenderaan dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Batu Gajah, kenderaan unit peronda polis (MPV) Batu Gajah, MPV Kampar dan dua kenderaan Balai Polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar.

Beliau turut berkata, setiba di jalan mati, suspek turut bertindak melulu untuk melarikan diri daripada kepungan polis dengan melanggar beberapa kenderaan polis, selain cubaannya melanggar seorang anggota polis yang berada di belakang ketika mengundurkan kenderaan.

Menurut beliau, pemeriksaan pada kenderaan dinaiki suspek bagaimanapun tidak menjumpai sebarang barangan salah dengan suspek dan kenderaannya dibawa ke IPD Batu Gajah untuk siasatan lanjut.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek dipercayai bertindak lari daripada pemeriksaan polis dan melanggar kenderaan polis kerana berasa takut dan marah akibat tekanan hidup.

Bagaimanapun, katanya, pemeriksaan ke atas suspek yang menetap di Lumut itu mendapati dia tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau termasuk ujian awal saringan air kencing, negatif.

Beliau berkata, lima kenderaan polis yang terbabit dalam insiden itu turut rosak akibat dilanggar kenderaan suspek.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 39 Akta Senjata 1960, Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

Beliau berkata, suspek direman selama lima hari bermula semalam hingga 8 Disember ini untuk siasatan lanjut.

Ibu tunggal maut terjatuh dari tingkat 12 hotel

December 6, 2022

Seorang wanita maut selepas terjatuh dari tingkat 12 sebuah hotel di Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 10.45 pagi itu, mayat mangsa ditemui orang awam dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah di kepala sebelum menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata siasatan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Banda Hilir selepas menerima laporan pada jam 10.52 pagi.

Menurutnya, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada pihak hotel mendapati mangsa berusia 55 tahun bukan tetamu dan datang ke premis itu kira-kira jam 10.23 pagi.

Beliau berkata, pegawai penyiasat bersama jurufoto yang menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah.

Hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu mulai esok

December 6, 2022

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu selama tiga hari berkuat kuasa esok.

Kawasan di Kelantan yang terbabit adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai, manakala di Terengganu amaran membabitkan seluruh negeri itu.

Menurut kenyataan MetMalaysia semalam, orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan.

APM siap siaga tangani banjir di Parlimen Padang Serai

December 6, 2022

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kulim akan memberi tumpuan di lokasi kerap berlaku banjir kilat termasuk di beberapa kawasan di Parlimen Padang Serai.

Ini berikutan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam meramalkan hujan lebat dan ribut petir pada petang hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Padang Serai, esok.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kulim, Kapten (PA) Amirul Aliff Ahmad, berkata antara kawasan di Parlimen Padang Serai yang sering berlaku banjir adalah di Mukim Nagalilit yang membabitkan Kampung Permatang Durian, Kampung Batu 8, Kampung Nagalilit, Kampung Balik Bukit, Kampung Sarang Ayam, Kampung Padang Cina dan Kampung Siam.

Beliau berkata, ini berikutan terdapat tiga sungai di kawasan itu yang sering dinaiki air sekiranya hujan lebat berterusan iaitu Sungai Jarak, Sungai Nagalilit dan Sungai Lunas.

Beliau berkata, bilik gerakan APM Kulim sudah beroperasi yang menempatkan lima anggota mengikut syif bagi memantau kejadian bencana termasuk banjir.

Beliau berkata, Kulim antara daerah yang menjadi 'hot spot' banjir kilat di negeri ini selain Baling.

Kemalangan 2 kereta, wanita maut tersepit

December 5, 2022

Seorang wanita maut selepas Perodua Kancil dipandunya bertembung dengan sebuah Proton Wira di Jalan Kahang Barat, Kluang, tengah hari semalam.

Mangsa, Norsahida Ramdan, 42, dari FELDA Felda Kahang Barat, parah pada kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua wanita dalam Proton Wira iaitu pemandu dan penumpang masing-masing berusia 29 dan 70 tahun cedera dan kini menerima rawatan di zon merah Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Md Noh mengesahkan kejadian itu dengan siasatan awal mendapati Perodua Kancil dipandu mangsa disyaki hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan Proton Wira berkenaan.

Pekerja kedai cuci kereta maut terseret atas jalan

December 5, 2022

Seorang pekerja kedai cuci kereta maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Kilometer (KM) 18.9 Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), malam semalam.

Kemalangan kira-kira jam 11.45 malam semalam ketika Amirudin Ahmad Abdullah yang menunggang motosikal Yamaha 135LC dalam perjalanan dari arah Plaza Tol Ampang menghala ke ibu negara.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata mangsa yang berusia awal 20-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Ampang.

Akibat pelanggaran itu, katanya, penunggang motosikal terjatuh dan terseret di atas jalan dan mengalami kecederaan pada bahagian muka sebelah kanan selain pendarahan di kepala.

Seorang maut, lori muatan diesel jatuh gaung di Lebuhraya PLUS

December 5, 2022

Seorang lelaki maut apabila lori muatan diesel yang dinaikinya terjatuh ke dalam gaung dan terbakar di Kilometer 265 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak berkata pihaknya menerima panggilan pada 7.52 pagi semalam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru dengan bantuan BBP Ipoh digegaskan ke lokasi kejadian.

Pengguna mengeluh bekalan telur ayam masih tak menentu

December 5, 2022

Bekalan telur ayam masih belum pulih terutama membabitkan kuantiti 30 biji sepapan.

Tinjauan di beberapa pasar raya hari ini mendapati bekalan telur ayam dalam kuantiti 30 biji sepapan tidak ada di pasaran, malah kuantiti 10 biji sebekas turut mengalami masalah sama.

Suri rumah, Hasnah Jusoh, 63, berkata kekurangan bekalan telur ayam mula dirasai bermula Oktober sebelum makin ketara pada pertengahan bulan lalu.

Bagi peniaga kedai makan, Asmawi Hassan, 46, bekalan telur ayam yang tidak menentu menyukarkan kerana dia tidak dapat menyediakan makanan menggunakan sumber protein itu.

MetMalaysia ramal ribut petir, hujan lebat petang esok

December 5, 2022

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berterusan di kawasan pedalaman dan pantai barat Semenanjung, utara dan pedalaman Sarawak serta barat Sabah.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini, memaklumkan analisis model cuaca meramalkan angin dijangka bertiup lemah dari pelbagai hala sehingga esok dan berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang pada sebelah petang hingga ke malam.

Wanita tipu servis dekorasi ditahan polis

December 5, 2022

Polis menahan seorang wanita pada Sabtu lalu kerana disyaki terbabit dengan lebih enam kes penipuan perkhidmatan dekorasi belon hari jadi menerusi aplikasi Instagram.

Dengan menggunakan akaun Instagram 'thepartyfairy.my', suspek dipercayai memperdaya ramai mangsa yang membuat bayaran terlebih dulu, namun tidak menyediakan perkhidmatan seperti dijanjikan.

Tangkapan ke atas suspek susulan laporan polis dibuat seorang mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata suspek berusia 30 tahun ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) IPD Shah Alam dalam serbuan di unit kondominium di KL Gateway Kerinchi, kira-kira jam 4.30 petang.

Mohd Iqbal berkata, siasatan mendapati suspek menjalankan perniagaan menawarkan perkhidmatan dekorasi melalui Instagram sejak Julai lalu.

Mohd Iqbal berkata, polis juga tidak menolak kemungkinan mangsa percaya dan yakin dengan perkhidmatan disediakan suspek memandangkan pengikut di Instagram berkenaan mencecah 12,000 orang.

Katanya, suspek direman sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.